,
Laman Utama

"Kalau Saya Riyak, Saya Boleh Pergi Mana Saja... Tapi Saya Pilih Tanah Suci Bertemu Allah" - Ifa Raziah

Amri Hassan
28/05/2022
01:58 MYT
Enggan namanya terus diperlekehkan selepas tular kenyataan belum bertudung tapi tiga kali ke Tanah Suci Makkah, artis versatil, Ifa Raziah tampil bersuara.
Memberikan reaksi terhadap kenyataan seorang pendakwah bebas menyatakan penyanyi lagi Gemerincing Rindu itu punyai tanda istidraj.
Kata Ifa, dia tidak perlu membuktikan ibadah yang dilakukannya sehari-harian sebaliknya urusan itu diserahkan pada Yang Maha Esa.
"Istidraj itu adalah orang yang mendapat rezeki dari Allah tapi melupakan Allah. Saya ni sentiasa menjaga solat saya mengikut kemampuan saya.
"Perlu ke saya nak buat live waktu malam saya bangun tahajjud? Perlu ke setiap kali solat saya buat live? Perlu ke saya tunjuk saya bersedekah?
"Rumah saya berkumandang ayat sudi Al-Quran setiap hari, sentiasa dipenuhi wangian bukhoor setiap malam mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, perlu ke saya tunjuk semua tu?
"Kalau saya ni tergolong dalam golongan istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya! Selama saya hidup ini semuanya saya berserah pada Allah, hidup dan mati saya hanya kepada Allah," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Ifa menasihati orang ramai untuk menegur seseorang dengan cara berhemah dan tidak membuka aib.
"Kalau nak riyak, saya ni boleh pergi kemana saja negara di dunia ni untuk dijadukan destinasi percutian saya.
"Tapi saya tetap pilih ke Tanah Suci (Makkah) untuk bertemu Allah dan Rasulullah. Saya nak dekatkan diri dengan Allah dan Rasulullah. Semua dia atas kerelaan saya sendiri, tanpa paksaan.
"Rasulullah kalau nak menegur umatnya, baginda akan menasihatkan secara diam-diam supaya tak dibukakan aibnya," tambahnya.
Tegas Ifa, dia tidak akan memaafkan individu yang memfitnahnya dan menuduhnya dengan cara yang tidak benar.
"Saya tak akan maafkan orang yang memfitnah dan menuduh saya istidraj!" tambah Ifa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.