,
Hiburan

“Kalau Nampak Sila Lapor” - Pelakon Polis Evo 2 Sertai Kempen Anti Cetak Rompak GSC Helpline

Mya Amri
22/11/2018
04:08 MYT
Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan talian secara terus kepada panggung, GSC Helpline yang bertujuan untuk mencegah cetak rompak.
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif GSC Sdn Bhd, Koh Mei Lee kemudahan talian secara terus itu diwujudkan untuk melaporkan sebarang aktiviti rakaman secara haram yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “GSC berusaha untuk memberikan pengalaman sinematik kepada penonton namun pengalaman itu akan rosak sekiranya berlaku aktiviti merakam secara haram.
“Apabilla anda merakam dan berkongsi klip rakaman tersebut di laman sosial, perkara itu boleh menjejaskan kepuasan penonton lain yang mahu menikmati filem itu. “Tidak kiralah walaupun hanya sedikit sedutan, perkara tu tetap merosakkan pengalaman penonton lain.
“Rakaman-rakaman yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu juga adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang hak cipta sesebuah filem dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Jadi kami mengambil inisiatif dengan melancarkan kemudahan helpline yang diletakkan diluar panggung bagi membantu penonton melaporkan aktiviti haram berkenaan," jelasnya. Dalam pada itu, kempen ini juga turut mendapat kerjasama Astro Shaw dan barisan pelakon filem Polis Evo 2, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat yang dilancarkan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
“Saya harap kempen ini dapat memberi kesedaran kepada mereka diluar sana supaya tidak merakamkan sesebuah tayangan filem dan kemuduan memuat naik di laman sosial.
“Kerana perbuatan itu sememangnya tidak patut dilakukan. Kalau nampak, sila lapor,” ujar Sam.. Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.
Dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

gempak
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.
Hiburan

Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

gempak
26/05/2024
08:18 MYT
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Laman Utama

GSC Times Square Henti Operasi Hujung Bulan Ini - “Senyum, Ketawa & Tepukan Anda Akan Sentiasa Bergema Dalam Hati Kami”

gempak
19/11/2023
04:55 MYT
Terima kasih untuk memori
Laman Utama

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2

gempak
31/05/2023
13:53 MYT
Mantah boh!
Laman Utama

#PE3 : Tayangan Awal Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 Juta, Benamkan Filem Antarabangsa

gempak
25/05/2023
05:50 MYT
Tahniah Polis Evo 3!