,
Hiburan

Kalau Nak Hina, Biarlah Saya Sahaja, Jangan Hina Bapa Saya – Anak Saleem

Fiza Kamarudin
17/07/2017
15:42 MYT
Anak vokalis kumpulan Iklim, Saleem, Syafiq Farhain yang pernah tular beberapa bulan lalu meminta ‘orang luar’ tidak menghina keluarga dan bapanya.
Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata demikian ketika mengulas tentang laporan rakaman video disiarkan sebuah portal akhbar mengenai hubungan dingin antara dia dan bapanya yang masih belum selesai.
Kata Syafiq, hubungannya dengan penyanyi kumpulan Iklim itu baik dan tidak seperti digambarkan dalam satu video temubual media yang tular baru-baru ini.
Malah, Syafiq, 23, meminta agar pihak tertentu tidak mengeruhkan keadaan yang boleh merosakkan hubungan mereka anak-beranak.
"Saya dengan ayah saya baik-baik sahaja. Orang luar nak cakap apa pun tentang hubungan kami cakaplah, saya tidak kisah.
"Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya," ujarnya kepada mStar Online . Menerusi rakaman tersebut Saleem berkata, terdapat perselisihan faham yang membuatkan dia masih lagi terasa hati dengan anak lelakinya itu.
Saleem mempersoalkan tindakan Syafiq menggunakan namanya sebagai jalan singkat untuk dikenali sebagai penyanyi.
Syafiq yang enggan mengulas panjang tentang perkara itu, berkata, dia sudah bertemu dengan bapanya di hospital baru-baru ini.
"Saya ada jumpa ayah di hospital baru-baru ini dan dia beri nasihat agar fokus jika benar-benar ingin jadi penyanyi," katanya.
Syafiq merupakan anak daripada perkahwinan pertama Saleem dengan Juwita sekitar 20 tahun lalu.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.