gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
HIBURAN
Cik Epal Sebak, Harap Anak-Anak Dapat Membesar Dengan Baik - “Doakan Han, Yuki & Saya Dapat Teruskan Kehidupan Dengan Tenang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Kalau Memang Betul Ada Jodoh, Ada Orang Datang Melamar…” - Erysha Emyra

gempak
Asyikin Mayudin
27/11/2024
00:07 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Memang Betul Ada Jodoh, Ada Orang Datang Melamar…” - Erysha Emyra
Pelakon Erysha Emyra tidak menyedari mengenai perkongsian ibunya iaitu pelakon Datin Seri Noniswara yang mendedahkan banyak menerima lamaran lelaki namun hati belum terbuka untuk berkahwin semula.

Hati masih sedih

Menurut Erysha, dia memahami keadaan ibunya yang kini kesunyian selepas pemergiaan suami iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad setahun yang lalu.

“Sebenarnya saya tak perasan pun perkongsian dia. Sebenarnya saya tak nak komen banyak, tapi saya tahu mungkin hati dia masih sedih la. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.

“Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar dengan anak-anak dan kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pun Tak Kisah Kalau Bermadu Pun Apa Salahnya,” - Noniswara Jawab Isu Gelaran ‘Datin Seri’

ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra Kongsi Keadaan Noniswara Baru Habis Tempoh Edah

“Kadang-kadang dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di sidang media tiga drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Terbuka menerima

Bagaimanapun pelakon berusia 25 tahun ini memberitahu dia dan adik-beradiknya sentiasa terbuka sekiranya ibu mereka mahu berkahwin semula.

“Sudah tentu (izinkan kahwin) sebab kita dalam dunia ini siapa… siapa kita untuk menolak jodoh. Kalau memang betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak.

“Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia kena bawa jumpa kita dan duduk sama-sama. Kalau kami rasa okay, okay la,” ujarnya.

Fasa berbeza

Dalam pada itu, Erysha juga memberitahu ibunya kini melalui fasa yang berbeza dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

“Kami ada la berkongsi cerita… dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa makin lama, dia dah okay dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

“Kita tahu dia pernah bercerai, tapi ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian, jadi benda itu berbeza la untuk dia. Perasaan lain, macam mana pun memang dah tak boleh bercakap dengan orang itu.
“Saya rasa dia melalui fasa yang berbeza la,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Noniswara
#Jodoh
#Datin Seri Noniswara
#Erysha Emyra
#Ibu Erysha Emyra
Must-Watch Video