,
Hiburan

“Kalau Kita Bersatu, Mesti Berjaya” - Hantar Serunding Setiap 10KM, Idea Kreatif Ini Menerima Pujian Netizen

Azwa Rahman
26/05/2020
08:07 MYT
Sebuah filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding menerima pujian wargamaya apabila menampilkan jalan cerita yang kreatif.
Dikongsi di laman sosial Facebook, iklan berdurasi hampir enam minit ini diterajui oleh pasangan dua sejoli Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.
Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.
Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya.
Istimewanya lagi filem pendek raya ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan komen positif terhadap filem pendek raya Gerakan Serunding ini.
“Saya dah tengok mula sampai habis. Seronok!” komen seorang wargamaya.
“Wah kreatif gila tak terfikir langsung,” puji seorang wargamaya.
“Bijak, bijak,” kata seorang wargamaya.
“Kreatif eh, 10km… 10km…” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, filem pendek raya tersebut telah menerima hampir 315,000 tontonan daripada wargamaya.
Saksikan filem pendek raya Gerakan Serunding kini di laman portal dan sosial Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!

gempak
17/04/2024
13:48 MYT
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Hiburan

Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

gempak
08/04/2024
13:55 MYT
Pencipta kandungan dan pelakon, Aizat Saha menzahirkan rasa syukur atas pelbagai peluang dan tawaran yang diberikan kepadanya sepanjang bulan Ramadan.
Hiburan

Shaheizy Sam Ulas Isu Filem La Luna Yang Dikatakan Ada Unsur ‘Soft Porn’ - Terpulang Pada Hati Nak Hukum Filem Itu Bagaimana”

gempak
01/03/2024
05:00 MYT
Pelakon, Shahiezy Sam berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya yang berjudul La Luna.
Laman Utama

#PE3: Syatilla Tak Sangka Zizan Terfikir Puting 'Kuyu' Sam - "Aku Hari-Hari Tengok Tak Larat Dah..."

gempak
01/06/2023
01:55 MYT
Syatilla pun tak perasan.
Laman Utama

Tan Sri Michelle Yeoh Suka Iklan Raya Bersifat Majmuk, Bicara Tentang Simpan Trofi Oscar Di Ipoh!

gempak
21/04/2023
01:50 MYT
Pemenang Oscar pertama Asia sempat berkongsi cerita ketika pulang ke Malaysia.