,
Laman Utama

“Kalau Kau Nak Watak Yang Cantik Je, Tak Payah, Kau Melawa La Kat Rumah,” - Che Ta Bidas Komen Netizen

Azwa Rahman
03/04/2021
04:50 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil menegaskan dia menerima apa sahaja watak yang diberikan bersesuaian dengan dirinya, dan bukan hanya berpandukan paras rupa.
Menerusi segmen video Lanchang Bethol di laman Facebook Astro Gempak, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berpendapat ada segelintir wargamaya lebih gemar memberikan komen yang negatif terhadap industri drama di Malaysia.
“Saya rasa orang yang cakap macam tu yang tak pernah tengok drama-drama Melayu. Diorang semua kekwat taknak tengok drama kat Malaysia ni tapi kau pandai nak melancang pasal artis.
“Saya nak dekat 15 tahun dalam industri ni, sejak saya buat Kiah Pekasam orang asyik bagi kat saya watak yang cantik.
“Realitinya Rozita Che Wan memang macam apa yang anda tengok sekarang tapi bila saya berlakon, saya bergantung pada karakter. Siapa kata saya nak watak cantik je? Kalau kau nak berlakon cerita yang cantik je, tak payah, kau melawa je kat rumah,” ujarnya ketika ditemubual.
Malah, Che Ta sudah penat apabila ada wargamaya yang masih mempertikaikan pemakaian bulu mata palsu dalam sesebuah drama.
“Mungkin saya cantik, lebih cantik pakai bulu mata tapi tak buruk tak pakai bulu mata. So? Kalau orang terkejut ke patutlah dia nak pakai bulu mata, mata kau ke?
“Tapi lagi penting bila saya letak bulu mata palsu tu, saya lagi wow daripada korang yang kononnya icing icing natural beauty tu,” balas Che Ta lagi.
Tonton video penuh temubual Lanchang Bethol bersama Che Ta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Che Ta Dedah Bakal Hantar Rombongan Merisik Untuk Anak, Gembira Bakal Menantu Berhijab

gempak
07/08/2024
09:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan, mendedahkan bakal menghantar rombangan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.
Hiburan

"Selalunya Orang Paling Rapat Akan Rampas Hak Kita, Suami Kita... Pesan Saya Hati-Hatilah" - Che Ta

gempak
20/03/2024
20:40 MYT
Kata Che Ta lazimnya individu paling rapat akan cenderung untuk menjadi pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga.