,
Laman Utama

“Kalau Dulu Solat Tarawih Pun Kelaut” - Asfan Belajar Perbaiki Diri, Dalami Ilmu Agama

Mya Amri
24/04/2022
08:26 MYT
Penyanyi dan komposer, Asfan akui kebih tenang apabila mula mendekatkan diri dengan mendalami ilmu agama.
Disebabkan itu juga Asfan berkata Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya.
“Selama 38 tahun hidup, kalau dulu bulan puasa selalunya akan sibuk berniaga. Memang tak ada masa, nak solat tarawih lagilah kelaut.
“Kalau solat fardu nak dapat solat pada tepat waktunya pun susah. Jadi Ramadan kali ini saya banyak habiskan masa di majlis ilmu.
“Di mana tempat ada majlis untuk tarawih saya akan cuba duduk dan tunggu waktu (tarawih) itu, bukan waktu itu yang tunggu kita.
“Saya cuba terapkan nilai sebegitu dan sepanjang bulan Ramadan ini saya sangat bersyukur kerana dapat mengusahakannya,” ujarnya.
Berkongsi kisah di sebalik perubahan kerohaniannya, Asfan mengaku perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
“Saya masih belajar untuk memperbaiki diri dan mendalami ilmu agama sebenarnya. Ya, saya juga ada menyertai majlis ilmu.
“Baru saya tahu bila saya yang tidak pandai ini duduk dalam kalangan para jemaah, banyak perkara yang dapat saya belajar.
“Saya tidak keluar mencari ilmu untuk menghakimi orang, saya dan kawan-kawan masih sama. Buat muzik, gelak ketawa macam dulu.
“Tidak adalah nak kata saya ini macam tak nak berkawan langsung, saya okay sahaja. Saya juga baru beberapa bulan belajar mengenali diri dan agama,” katanya ketika ditemui Gempak.
Asfan ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan RUSA MUSIC bertempat di Puchong baru-baru ini.
Dalam pada itu, Asfan juga tidak menafikan kisah rumah tangganya sebelum ini juga merupakan salah satu sebab mendorongnya memperbaiki diri
“Semua orang buat silap, saya akui saya juga banyak buat silap bukan hanya pada keluarga mungkin juga rakan-rakan.
“Semua orang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan jadi disebabkan itu saya cuba keluar mencari dan mengenal diri sendiri, kenal kembali Islam itu macam mana.
“Ada juga yang tanya pada saya seolah-olah menjadi trend pula apabila melihat ramai rakan-rakan artis mendalami ilmu agama, jadi saya hanya boleh katakan kalau itu adalah satu trend yang bagus jadi tak salah kalau kita teruskan.
“Cuma saya yang duduk di dunia ini saya meletakkan inilah kerja hakiki saya, untuk belajar kerja-kerja atau urusan apa yang Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat lakukan.
“Semoga kita sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, Insya-Allah,” jelasnya.
Foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Hiburan

Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

gempak
05/07/2024
02:55 MYT
Tampil mengenakan hijab, penyampai radio Hitz.fm, Ili Ruzanna berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya baru-baru ini.
Drama

Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”

gempak
14/06/2024
06:55 MYT
Drama berjudul Kiblat Ke Syurga baru sahaja membuka tirainya pada 5 Jun lalu. Menceritakan tentang perjalanan seorang wanita yang dikenali sebagai Nina yang berusaha untuk berhijrah ke arah lebih baik, drama penuh keinsafahan ini berjaya memperoleh reaksi positif daripada penonton.
Hiburan

Pasca Undur Diri Daripada Dolla, Syasya Kini Sudah Bertudung?

gempak
11/04/2024
00:55 MYT
Heboh tentang keputusannya mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla baru-baru ini, Syasya tular di media sosial kerana imej terbaharunya yang didakwa telah mengenakan hijab. Menerusi klip video pendek yang tersebar di aplikasi Tiktok, dapat dilihat seorang individu yang didakwa sebagai Syasya lengkap berpakaian menutup aurat dirakam dalam sebuah