,
Hiburan

"Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Kami Ada Selama Ini, Saya Terima Saja" - Amelia Christie

Gempak
29/02/2024
09:14 MYT
"Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja."
Demikian kata pelakon Amelia Christie Lim mengenai status hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad selepas pelakon itu memberitahu dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Iyakan Fasal Saya & Amelia, Macam Mana Nak Kata Putus? - Sharnaaz Ahmad

Gosip itu mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
Bercakap kepada Harian Metro, kata Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.
"Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah 'unfollow' dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.
"Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan 'move on'. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
"Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus," katanya.

BERITA TRENDING: Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie

Menurut Amelia, alasan utama dia tampil memberikan penjelasan bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu.
"Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.
"Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.
"Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif," katanya.
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.
Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.
Selain bercuti, Amelia juga dikatakan beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.
Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar