,
Laman Utama

"Kalau Dah Sedia, Umur Tak Kisah Pun" - Nuha, Naufal Galak Kahwin Awal Elakkan Maksiat

Amri Hassan
14/09/2022
03:20 MYT
Pasangan duet popular Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menggalakkan perkahwinan pada usia muda bagi mengelakkan masalah sosial terutamanya maksiat.
Jelas Nuha, 22, golongan remaja khususnya bagaimanapun perlu bersedia dalam banyak perkara sebelum membuat keputusan untuk berkahwin awal.
"Saya menggalakkan kahwin awal bagi mereka yang dah bersedia. Kalau dah sedia untuk berkahwin, umur itu tak kisah pun berapa.
"Cuma kalau yang masih bersekolah itu agak tak sesuai. Tapi kalau atas persetujuan keluarga okay saja. Kalau mereka okay kenapa tidak, kita nak elakkan maksiat.
"Secara peribadi, saya jenis orang yang mengambil berat mengenai pendidikan jadi kalau nak kahwin boleh tapi atas persetujuan keluarga.
"Tapi kalau boleh habiskan sekolah dulu dan kalau nak kahwin lepas itu tiada masalah," katanya.

Ekspo Perkahwinan ada Nuha & Naufal

Nuha dan Naufal ditemui pada Sidang Media Pelantikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sebagai duta Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 25 September ini di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022 yang berlangsung selama tiga hari itu akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik antaranya forum, live band, bengkel perkahwinan, persembahan kebudayaan dan kemunculan selebriti serta pempengaruh.
Ekspo perkahwinan itu direka untuk memenuhi kehendak pengunjung dengan memuatkan lebih 80 tapak peniaga, dan kategori peniaga yang dipelbagaikan dari butik perkahwinan, katering dan kanopi, dewan dan tempat perkahwinan hingga ke agensi pelancongan, pusat kecantikan, takaful, barang kemas, kosmetik dan pelbagai lagi.

Kawan-kawan kahwin awal

Sementara itu, Naufal, 23, berkata persediaan dari segi kewangan, mental dan fizikal sangat perlu sebelum mengambil keputusan berkahwin.
"Saya setuju saja kahwin muda tapi kena betul-betul bersedia. Bersedia dari segi kewangan, dalaman dan fizikal.
"Selepas itu, budi bicara dengan orang macam mana kena jaga. Saya bukan tak sedia, tapi masa itu belum tiba lagi. Saya nak utamakan keluarga dulu.
"Kawan lelaki saya yang umur 22 dan sebaya saya pun ada yang dah kahwin. Mereka okay saja," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar