,
Laman Utama

"Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingkar" - Fynn Jamal

Asraf Aided
06/12/2021
09:40 MYT
Bekas penyanyi, Fynn Jamal akui akaun Instagram miliknya sering mendapat amaran gara-gara dikatakan menggalakkan kebencian.
Menurut Fynn, dia sentiasa memilih untuk bersikap terbuka dan selalu menulis tentang perkara yang tidak dipersetujui di Instagram.
Malah yang terbaru, perkongsiannya berkaitan isu ibu hamil tanpa nikah yang dinamakan sebagai 'biomom' dipadam oleh platform media sosial berkenaan.
"Terima kasih untuk yang report seraya membuktikan kemungkaran selayaknya diraikan.
"Kitorang yang kena scam, kitorang yang kena tuduh menjahat. Banyak kali akaun aku dapat warning sebab aku dikatakan promoting hatred. Sebab aku tak bersetuju dengan hal-hal haram, dan aku menulis terbuka tentangnya.
"Ini bukan kali pertama, takpa sekurang-kurangnya aku dah lepaskan bahagian aku," coretnya.
Dalam pada itu, Fynn juga menerima sekiranya akaun Instagramnya tiba-tiba hilang meskipun jauh di dasar hati, dia masih belum bersedia.
"Seandainya akaun aku tiba-tiba lesap, ternyata sudah sampai masanya untuk aku kabut bersama asap.
"Walau aku selalu cakap aku nak menghilang, deep inside aku suka jadi mak dan kakak korang.
"Aku rasa belum masa lagi, tapi kalau Allah dah decide untuk tamat, aku takkan ingkar untuk akui," kongsinya lagi.
Perkongsian itu mendapat respon berbeza daripada para pengikut Fynn, ramai juga yang bersetuju dengan pendapatnya.
Sekadar info, Fynn sering membantu golongan ibu hamil anak tanpa nikah, salah satunya dengan mendapatkan keluarga angkat (untuk bayi terlibat) sejak hampir 20 tahun.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Laman Utama

“Terima Kasih Kerana Berani Bersuara”- Fynn Jamal Puji Angelina Jolie Tunjuk Sokongan Terhadap Pal****n

gempak
05/11/2023
03:52 MYT
Terima Kasih Angie
Laman Utama

Fynn Jamal Gembira Anak Perempuan 7 Tahun Dah Mula Bertudung, Netizen Minta Tips Didik Anak

gempak
04/01/2023
04:00 MYT
Alhamdulillah
Laman Utama

Terbiasa Hidup 'Loner' Sebelum Kahwin, Fynn Jamal Cuba Biasakan Diri Anak Susah Nak Berenggang

gempak
11/07/2022
10:00 MYT
Biasalah kan ibu dan anak
Laman Utama

Ramai Berpiknik Sakan Di Air Terjun Tak Jaga SOP, Fynn Jamal: "Baliklah, Kalau Nak Juga Buat Tempat Private, Bayar Sikit"

gempak
13/09/2021
07:22 MYT
Ada yang buka mask!