HIBURAN
Kakak Kongsi Perangai Shiha Zikir Masa Kecil, Berbeza Dengan Sekarang - “Ramai Tak Tahu Yang Dia Dulu…”
Penyanyi Ieda Zikir berkongsi sifat dan perangai adiknya yang juga penyanyi, Shiha Zikir sewaktu zaman kanak-kanak yang tidak pernah diketahui ramai.
Permainan lelaki
Ieda memberitahu, perwatakan Shiha sangat berbeza berbanding sekarang kerana ketika kecil adiknya itu sangat lasak dan lebih suka bermain permainan lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: Ieda Zikir Rindukan Momen Aidilfitri Dengan Arwah Suami - "Dia Selalu Bawa Kami Ke Jalan TAR, Rasa Suasana Malam Raya"
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tiada Nilai Sopan Dalam MV Raya Tum Tum Raya, Ini Respons Shiha & Ieda Zikir! - "Minta Maaf Kalau Tak Selesa"
"Ramai tak tahu yang Shiha dulu masa kecil dia ‘tomboy’, dulu dia sangat kasar.
"Kalau macam saya beli patung barbie sebab suka barbie, tapi dia tak. Dia cari kasut ‘roller blade’.
"Kalau kita ni perempuan nak main benda itu menggeletar kepala lutut,” kongsi Ieda menerusi sebuah podcast yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Aisha.
Panjat pokok
Selain tidak suka main permainan perempuan, Ieda turut mendedahkan Shiha sering memanjat pokok manggis dan menikmati buah manggis di atas pohon.
"Ada kejadian tengok-tengok dia dah dekat sangkut (panjat) atas pokok manggis, tengok tengah makan buah manggis. Dia suka panjat pokok.
"Dengan gaya rambut dia yang depan lurus belakang kerinting, lucu betul bila ingat semula,” ujarnya.
@hotfm976_ Tudiaaaa! Habislah rahsia @🎙️shihazikir🎙️ . @Ieda_Zikir bagitahu semua 🤣 Hot Squad @Fizi Ali @ItsAishaa borak dengan penyanyi duo adik beradik, Shiha Zikir & Ieda Zikir di Hot Squad Akustika Raya. #HotFMNo1 #HotFM #HotSquad #HotSquadAkustikaRaya #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #IndahkanMemori ♬ original sound - Hot FM
Must-Watch Video