,
Laman Utama

Kaka Azraff Mahu Lebarkan Sayap Di Negara Seberang

Asraf Aided
20/02/2021
07:05 MYT
Penyanyi Kaka Azraff sudah lama berhasrat untuk meluaskan namanya ke negara seberang, Indonesia.
Justeru, Kaka amat bersyukur kerana diberi peluang berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Jaz dalam lagu duet mereka berjudul Karma.
"Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk memasuki pasaran Indonesia kerana industri muzik di sana luas.
"Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan Jaz dalam lagu Karma ini.
"Saya terbuka untuk berkecimpung di sana, kalau ada lagi rezeki kerjasama dengan artis dan komposer lain selepas ini, saya tidak akan menolak," katanya.
Kaka berkata demikian dalam sidang media virtual anjuran Sony Music Malaysia sempena melancarkan muzik video Karma baru-baru ini.
Dalam pada itu, Kaka juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan album sulung selepas sekian lama hanya tampil menerusi single.
"Saya selalu tampil dengan single demi single sejak awal kerjaya, jadi, menjelang tahun ke-10 penglibatan saya dalam industri seni tahun depan, saya teringin untuk hasilkan album.
"Besar harapan saya untuk hasilkan album itu tahun depan sebagai ulang tahun pembabitan saya dalam industri dan tentunya sebagai buah trangan kepada peminat yang setia menyokong saya," katanya lagi.
Karma boleh didengari di semua platform digital terpilih, muzik video rasminya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Sony Music Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.