Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?
Hampir enam tahun bergelar suami isteri, perkahwinan penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff dikatakan menemui noktah apabila mereka didakwa bercerai talak satu pada Isnin.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.
Bahkan, dia dan bekas suaminya dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
“Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini.
“Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
“Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama,” kata sumber terdekat penyanyi terbabit kepada Kosmo! Online.
Menerusi semakan, kali terakhir Kaka berkongsi momen bersama keluarga kecilnya adalah pada hari ini ketika mereka menyertai aktiviti di sebuah premis permainan.
Sekali gus, tidak menunjukkan sebarang tanda rumah tangga yang dibina pada 14 Disember 2017 itu bermasalah atau bakal runtuh di tengah jalan.
Usaha Kosmo! Online mendapatkan maklum balas Kaka berhubung khabar perceraiannya belum berhasil apabila panggilan tidak berbalas.
Terdahulu, pasangan terbabit hanya bercinta selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
Sumber: Kosmo!