,
Laman Utama

‘Kak Wati’ Malu Dan Tertekan Gara-Gara Panggilan Telefon Individu Di Stesen Radio

Fiza Kamarudin
06/07/2021
12:15 MYT
Seorang penerima bantuan dikenali sebagai ‘Kak Wati’ mengakui berasa malu dan tertekan selepas kisah hidupnya tular gara-gara panggilan telefon dibuat seorang individu di sebuah stesen radio.
‘Kak Wati’ membuat pengakuan tersebut selepas dikunjungi Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.
Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, memaparkan ‘Kak Wati’ ditanya tentang kesahihan rakaman panggilan telefon seorang lelaki bersama stesen radio tersebut.
‘Kak Wati’ menafikan kenyataan tersebut dan berasa kesal kerana ada pihak sanggup mereka cerita mengenai keluarganya.
“Apa yang di viral tu semua tak betul sebab masa ‘Abang Din’ tu datang dia hantar bantuan, anak-anak akak terbaring bukan sebab tak makan tapi dorang tengah buat PdPR.
“Statement yang dia kata dia berlari ke kedai makanan untuk membeli makanan segera bagi kat anak-anak itu pun tak betul. Semua sekali tak betul,” katanya.
Kak Wati turut akui tertekan dan anak-anaknya berasa malu selepas panggilan telefon tersebut tersebar.
Video temuramah tersebut turut dikongsi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid di laman sosial Twitter beliau.
Bagaimana pun, perkongsian itu telah pun dipadamkan daripada laman sosial terbabit. Selain itu Mastura turut memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), menyatakan Pejabat Parlimen Kuala Kangsar sangat mengalu-alukan penyampai maklumat daripada masyarakat bagi memastikan tiada pihak tertinggal dan terputus bekalan makanan.
Dalam sebuah hantaran lain Mastura yang juga ibu mentua kepada pelakon popular Mira Filzah itu turut memohon maaf sekiranya ada pihak kurang senang dengan tindakan beliau memuat naik video temuramah bersama ‘Kak Wati’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.