,
Laman Utama

Kak Long Nangis Kering Air Mata, Depresi Kena Boikot - "Pergi Pasar Malam Orang Marah-Marah, Tak Bagi Berniaga"

Amri Hassan
26/03/2022
04:30 MYT
Siri kontroversi Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E mencetuskan pelbagai tanggapan orang ramai.
BACA: "Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long" - Dikecam Tak Henti-Henti, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial
Terbaharu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kak Long tampil membuat permohonan maaf sekali lagi selepas akaun media sosialnya dinyahaktif.
"Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long. Kak Long ada anak kecil, nak tanggung anak sekolah, nak kena bayar yuran. Nak kena belajar hari-hari cari duit makan.
"Suami saya tak boleh bekerja dah sebab tak sihat, dia ada di hospital. Minta maaf semua.
"Saya pernah terfikir (nak terjun) sebab saya pernah duduk di hotel tinggi. Kalau saya tak ada anak...," katanya dalam sesi siaran langsung di TikTok @sagittarius_women.
Tidak menyimpan dendam dengan netizen, kata Kak Long lagi dia mahu diberikan peluang dan kemaafan.
"Tapi Kak Long tak marah netizen semua, Kak Long tahu itu kesilapan Kak Long dan nak berkawan dengan semua.
"Bagi Kak Long peluang biar boleh ubah hidup Kak Long. Saya akan ajar anak lebih baik. Lepas berlaku benda ni, mereka nampak saya nangis, mereka janji nak buat perangai molek.
"Tolong bagi peluang keluarga Kak Long. Saya buat permohonan maaf walau saya silap atau tak buat silap. Ini melibatkan maruah keluarga saya.
"Walaupun saya dibesarkan di pasar malam, tak semua orang pasar malam perangai macam saya. Dalam ramai-ramai tu saya seorang je. Kesilapan tu dari saya je. Saya nak minta tolong bagi peluang kepada saya.
"Nak pergi mana-mana semua orang pandang buruk! Saya janji demi Allah saya takkan buat walau saya salah atau betul saya takkan ulangi lagi. Takkan marah, maki hamun orang atau panggil kata-kata buruk," katanya.
Tampil bersama dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini.
"Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?
"Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.
"Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis.
"Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti," rayunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar