,
Laman Utama

Kak KM Sound 'Baru Bercerai Tak Ada Job Nak Bela Anak', Lufya Balas; "Kerasnya Hati, Moga Allah Tegur..."

Amri Hassan
09/10/2021
11:50 MYT
Usahawan dan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil membidas semula teguran penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.
Kata Liana atau lebih popular dengan panggilan Kak KM, dia memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan untuk menumpang kisahnya yang kini sedang viral.
"Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham... aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job.
"Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.
"Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jahat sangat...," katanya ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat.
Sementara itu, menjawab tuduhan Kak KM, kata Lufya, sikap keras hati usahawan itu diharapkan mendapat teguran daripada Allah kelak.
"Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercerai mungkin takde duit nak bela anak.
"Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!
"Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubuh dan maruah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini.
"Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya," katanya bersama tanda pagar #nomoreiklanlucah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.
Terdahulu, Lufya tampil menegur tindakan keterlaluan Kak KM yang kerap memuat naik iklan berunsur lucah di media sosialnya. Kata Lufya tindakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda.
Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma' Harun turut tampil menegur tindakan Kak KM secara terbuka.
BACA: Ustazah Asma' Harun Pula Tegur Kak KM, Harap Sempat Padam Aksi Lucah Sebelum Ajal
BACA: "Sekejap Je Allah Boleh Tarik" - Pu Syed Tarbiah Kak KM?
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.