Hiburan
“Kak Gee Berkelas Tinggi” - Alyph Yakin Ziana Zain Mampu Hadapi Isu SPRM Dengan Tenang
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan penyanyi legenda Ziana Zain dalam pembikinan album The Storm, penyanyi rap, Alyph mempercayai wanita itu mampu menghadapi isu yang membabitkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini dengan baik.
Menurut Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, 35, Ziana juga merupakan seorang penyanyi yang berada dalam kelasnya tersendiri.
“Saya tak kisah, sebab apa-apa cerita artis yang mengalami kontorversi ini adalah hak dan kisah mereka.
“Saya akan ada untuk beri sokongan. Tapi, pada saya Kak Gee (panggilan Ziana) adalah seorang yang sangat berkelas, saya hanya akan memberi kepercayaan.
“Mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk menghadapi situasi ini,” katanya kepada Gempak ketika ditemui selepas membuat persembahan sempena pelancaran albumnya, The Storm di Apple Store, The Exchange TRX, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Terdahulu, tiga selebriti dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Ops Sky, yang membabitkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Tiga selebriti itu terdiri daripada Ziana, Datuk Jalaluddin Hassan dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, ketiga-tiganya tidak dianggap sebagai suspek sebaliknya keterangan masing-masing diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan.
Sementara itu, mengulas lebih lanjut mengenai sambutan album The Storm, komposer kelahiran dari Singapura itu turut meluahkan rasa syukur apabila ia mendapat maklum balas positif daripada pendengar muzik.
“Hari ini sebenarnya Apple menganjurkan acara untuk saya berkongsi pengalaman dalam proses penghasilan album debut saya, iaitu The Storm.
“Sebenarnya ini adalah for platform diberi untuk saya buat persembahan dan bertemu peminat.
“Album ini baru dilancarkan seminggu, jadi peminat yang hadir mungkin sudah dengar dan mahu tanya lebih lanjut mengenainya,” ulasnya.
Alyph berkolaborasi bersama Ziana menerusi dua lagu dalam album The Storm iaitu Teman dan Gerak yang dilancarkan bulan lalu.
BERITA BERKAITAN: Tiga Jam Disoal Siasat SPRM, Ziana Zain Bukan Siapek Hanya Bantu Siasatan - “Mereka Tanya…”
BERITA BERKAITAN: Selesai Beri Keterangan, SPRM Tidak Akan Bekukan Akaun Bank Ziana Zain & Jalaluddin Hassan - “Saya Kena Jelaskan Ia…”
BERITA BERKAITAN: Isu Op Sky: Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Tiba Di SPRM Untuk Beri Keterangan
BERITA BERKAITAN: Isu Ops Sky, Ziana Zain Enggan Ulas Lanjut - “Tiada Komenlah Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi Sahaja”
Must-Watch Video