,
Hiburan

Kahwin Muda? Ariff Bahran Nak Mantapkan Financial Dulu! Bertuah Myra Ridzuan…Dengarnya Keluarga Pun Dah Restu?

Fiza Kamarudin
23/01/2020
13:13 MYT
Penyanyi dan komposer muda Ariff Bahran tidak berselindung mengenai kisah cintanya kerana baginya tiada apa yang perlu disembunyikan.
Malah, Ariff mengakui sudah mengenali gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan lebih setahun lalu.
Ariff berkata, dia dan Myra serius dalam menjalin hubungan mereka dan keluarga juga sudah tahu mengenai perkara tersebut.
"Dia memang kekasih saya dan perkongsian foto dibuat dalam Instagram itu adalah penjelasan hubungan kami yang serius.
“Lagipun, keluarga sudah tahu dan saya fikir tidak menjadi masalah untuk memuat naik foto bersama di Instagram," katanya.
Penyanyi lagu Kata Akhirmu dan Juara Dusta ini berkata, dia sememangnya tidak akan membelakangkan keluarga.
Bercerita mengenai kesediaan berkongsi kisah cinta, Bahran berkata, dia tidak kisah kerana memang sudah bertemu kekasih hati.
"Saya tidak suka terlalu berahsia. Jadi, apa yang dikongsi dalam Instagram itu adalah sepatutnya dan berpada-pada.
“Apa tanggapan orang, saya tak kisah pun kerana keluarga lebih mengetahui. Cuma, doakan yang terbaik buat kami," katanya.
Ditanya sama ada dia akan menamatkan zaman bujang pada usia muda, Bahran berkata, paling utama dia perlu stabilkan kewangan.
"Saya belum terfikir lagi untuk berkahwin kerana harus fokus untuk memantapkan kerjaya yang baru berusia dua tahun ini.
"Perjalanan kerjaya saya masih jauh dan banyak perkara perlu dilakukan. Saya tidak mahu terburu-buru," katanya.
Bercerita mengenai kekasihnya itu, Bahran berkata, kekasihnya tidak cemburu, sangat memahami dan bersikap profesional.
"Dia pun tahu semua gosip saya selama ini yang dikaitkan bercinta dengan Sissy Imann dan Sarah Suhairi.
“Alhamdulillah, dia boleh terima dan terus menyokong kerjaya saya. Mungkin juga kerana kami bekerja dalam bidang yang sama," katanya.
Selain akan muncul dengan lagu baru berjudul Tiga Kucing, Bahran kini mempertaruhkan lagu duet bersama Sarah Suhairi iaitu Bicara Rasa.
Muzik video rasmi lagu Bicara Rasa yang dimuat naik di YouTube sejak tiga bulan lalu mencatat 2.2 juta tontonan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.