HIBURAN
Kacak Sangat! Netizen Samakan Wajah Wafiy Dengan Tom Holland - “Dari Dulu Perasan Dia Macam…”
Pelakon muda Wafiy Aan baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas video TikTok yang dimuat naiknya berjaya menjadi tular.
Dalam video tersebut, Wafiy dilihat sedang melakukan lipsync lagu "Meriah Lain Macam" nyanyian Hael Husaini dan Nadeera bersama penyanyi Ellya Keesha.
Namun, apa yang menarik perhatian apabila ada yang beberapa pengguna media sosial menyatakan bahawa Wafiy mirip dengan pelakon Hollywood terkenal Tom Holland.
"Wafiy ni handsome betul, Tom Holland Malaysia.
“Sangat, dari dulu perasan dia macam Tom Holland.
“Ya betul aku dulu pun aku cakap dengan anak aku "eh tu bkn spider man ke”.
“Ah ahhh la patutlah macam pernah tengok muka Wafiy nie sama dengan siapa, akhirnya terjawab,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan di akun TikTok.
Must-Watch Video