Viral
Jutawan Tudung Terbuka Kongsi Harga Pakaian & Aksesori Cecah RM150,000 - "Saya Pakai Simple Je"
Usahawan tudung bawal terkenal, Haliza Maysuri sekali lagi mencuri tumpuan khalayak menerusi video yang menyenaraikan harga pakaian dan aksesori yang dipakainya ke sebuah acara baru-baru ini.
Jelas Haliza, antara barangan yang disenaraikan ialah tas tangan, tudung, kasut dan jam tangan yang kesemuanya mencecah hampir RM150,00.
“Jika anda mahu membeli sesuatu tanpa melihat harga, anda perlu memberi fokus kepada kerja tanpa melihat masa.
"Menghadiri majlis makan malam pakej Almaas Haji (Haji ke Mekah) bernilai RM250k.
"Saya hanya memakai sesuatu yang sederhana: beg RM56,800, kasut RM4,950, tudung RM6,400 dan jam tangan RM80,000. Barulah seimbang dunia dan akhirat," tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata meninggalkan pelbagai komen terhadap usahawan itu.
Ada yang menyifatkannya riyak, malah ada yang menyindirnya dengan membandingkan dengan jutawan terkenal dunia yang masih membumi dan tidak pernah menghebahkan kekayaan mereka.
BERITA TRENDING: Amelia Christie Luah Rasa Syukur Berjaya Beli Kereta Idaman Cecah RM150,00 - “Ready To Make Memories With…”
BERITA TRENDING: Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”
BERITA TRENDING: "Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor
BERITA TRENDING: Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak & Ditegur Jaga Maruah Ketika Dalam Tempoh Edah - “Saya Bukan Menghilang…”
Must-Watch Video