,
Laman Utama

"Jurusolek Bukan Kerjaya Low Class" - Alha Alfa, MAHSA Rancang Buka Program Diploma Seni Solek & Kecantikan

Amri Hassan
11/03/2022
06:50 MYT
Pengasas jenama kosmetik tempatan terkenal, Datuk Seri Alha Alfa mahu menangkis stigma masyarakat yang menganggap kerjaya sebagai jurusolek bersifat 'low class'.
Justeru Alha atau nama sebenarnya Al Halim Al Fadzil, beliau mahu menaikkan karier jurusolek sebagai sebuah kerjaya profesional dan mempunyai prestij tersendiri bersandarkan kemahiran serta taraf pendidikan diperolehi.
"Sepanjang penglibatan saya di bidang ini selama 10 tahun, saya melihat make up artist atau lebih dikenali sebagai MUA mempunyai potensi diangkat sebagai kerjaya profesional seperti karier profesional lain.
"Namun stigma masyarakat yang melihat kerjaya ini sebagai 'kerjaya jalanan', atau menggelarnya sebagai 'kerja mak andam' sedangkan kepakaran jurusolek kita sudah diperakui di peringkat antarabangsa.
"Sebagai seorang graduan universiti, saya melihat pengiktirafan akademik adalah perkara paling mustahak untuk membuka mata masyarakat bahawa kerjaya MUA bukan ' low class'," katanya kepada Gempak.
Mahu kerjaya solekan tanah air terus diangkat ke tahap lebih tinggi, Alha kini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti MAHSA (MAHSA) dan merancang untuk mewujudkan program pendidikan dalam peringkat Diploma Seni Solekan dan Kecantikan.
"MoU ini adalah perjanjian persefahaman untuk menjalin kerjasama lebih erat dari segi kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk dengan merangkumi program pengajian, pertukaran maklumat serta perkongsian kepakaran.
"Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.
"Sudah pasti Alha Alfa Cosmetics di bawah AARLSB sangat berbesar hati mendapat kepercayaan untuk mengukuhkan jalinan kepakaran kami dengan Universiti MAHSA, seterusnya memperincikan perancangan lebih besar selepas ini.
"Lebih istimewa, kami mempunyai perancangan mewujudkan program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu jurusolek Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti," katanya.
Alha yang juga Pengarah Eksekutif Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) ditemui selepas majlis menandatangani MoU bersama Universiti MAHSA yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail dengan disaksikan Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAHSA, Tan Sri Dr Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah serta Pengarah Urusan AARLSB, Mohd Al Fareed Mohd Al Fadzil.
Pada majlis sama, usahawan yang turut meluaskan empayar perniagaannya di Dubai dan Indonesia itu turut dianugerahkan Profesor Adjung daripada universiti tersebut.
Sebagai permulaan, sesi penerangan menerusi program jelajah seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bakal berlangsung pada bulan ini dan seterusnya ke seluruh negara.
Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Alfa dan Universiti MAHSA.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.