,
Berita

Jururawat Singapura Bakal Terima Habuan Bonus Sehingga RM356K… Masyuk!

Izwan Isa
22/02/2024
02:55 MYT
Singapura bakal memberikan bonus kepada jururawat sehingga SGD100,000 (RM356,615) bagi mendorong mereka untuk tetap berada dalam sistem kesihatan awam susulan isu kekurangan tenaga kerja dalam bidang kejururawatan di republik itu.
Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, kira-kira 29,000 jururawat layak menerima bayaran bonus tersebut, termasuk jururawat asing yang telah bekerja di negara berkenaan selama empat tahun.

BERITA TRENDING: Berada Di Belakang Singapura, Kuala Lumpur Di Tangga Ke-3 Lokasi Food Hunting Pilihan Pengguna Booking.com

"Kami mahu menyokong jururawat kami untuk melakukan kerja yang baik," kata Ong pada Selasa.
Ong berkata, COVID-19 menjadi penyebab utama kepada kekurangan jururawat, termasuk jururawat warga asing yang meninggalkan Singapura pada kadar yang tinggi ketika pandemik.
Kebanyakan jururawat asing di Singapura datang dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina dan Myanmar.

BERITA TRENDING: Pernah Terlibat Bina Stadium, Ini Kisah 3 Pekerja Asing Yang Berpeluang Menonton Coldplay Secara Percuma Di…

Di bawah skim insentif yang diumumkan oleh Ong, jururawat akan layak menerima sehingga SGD100,000 (kira-kira RM356,615) dalam tempoh 20 tahun, atau sehingga umur persaraan, yang mana terdahulu.
Tahun lalu, pihak berkuasa memperkenalkan bonus tandatangan SGD15,000 (RM53,492) untuk graduan kejururawatan baharu yang menyertai hospital atau klinik awam.
Ong berkata, bilangan pengambilan pelajar kejururawatan meningkat kira-kira 30 peratus dari 2013 hingga 2023.
"Perlu ditegaskan bahawa dengan kadar kelahiran yang menurun, bayi yang lebih sedikit, dan kohort pelajar yang mengecut, hanya memastikan pengambilan ini stabil adalah hasil yang sangat menggalakkan," kata Ong.

BERITA TRENDING: “Kami Belajar Di Singapura Sejak Kecil” - Wanita Ini Rasa 'Dihina' Kerana Diminta Cakap Melayu Ketika…

Singapura, seperti kebanyakan negara Asia, telah bergelut dengan populasi yang semakin tua.
Kementerian kesihatan menganggarkan bahawa satu daripada empat warga Singapura akan berumur 65 tahun atau lebih pada tahun 2030, manakala dianggarkan 83,000 warga emas akan tinggal bersendirian.
Foto: The Strait Times Sumber: Berita MediaCorp, New Strait Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut

gempak
19/08/2024
03:00 MYT
Gara-gara tertekan dengan tekanan daripada siniornya, seorang doktor pelatih wanita 30 tahun membunuh diri apabila dia menyuntik dirinya menggunakan ubat bius hingga maut.
Berita

Hukuman Mati Awari Bunuh, Rogol Jururawat Depan Anak 9 Tahun Lepas Digantikan Penjara 40 Tahun

gempak
07/08/2024
20:55 MYT
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
Viral

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

gempak
07/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.