gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ria Ricis Beri Anak Perempuan Makan Otak Lembu - "Ia Bagus Untuk Anak-Anak"
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
VIRAL
Ridzokumura Jawab Sebab Lot Sebelah Pusara Akiko Okumura Dikosongkan - "Tak Boleh Digali Sebab ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Jurulatih Jawab Kemusykilan Netizen Tentang Penjurian Markah Dhabitah Dan USA

gempak
Mya Amri
02/08/2021
11:46 MYT
Sponsor Banner
Jurulatih Jawab Kemusykilan Netizen Tentang Penjurian Markah Dhabitah Dan USA
Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker, menganggap kalah dan menang sebagai sebahagian daripada adat pertandingan selepas kesemua penerjun memberikan aksi terbaik mereka, khususnya di peringkat final.
Menurut Brooke, dia tidak melihat sebarang unsur berat sebelah daripada aspek penjurian dalam final acara terjun 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo.
"Saya langsung tidak memberikan tumpuan kepada juri, saya tidak akan melakukannya dalam kejohanan kerana ia di luar kawalan saya," katanya seperti yang dilapor Nadi Arena.
"Saya hanya boleh katakan yang dia (Nur Dhabitah) telah melakukan lima terjunannya dengan amat baik.
"Terjunan pertamanya agak goyah, terjunan keduanya lebih baik dan terjunan ketiganya baik. Saya amat-amat gembira dengan dua terjunan terakhirnya kerana ia terjunan terbaiknya dalam kejohanan ini.
"Ketiga pemenang pingat hari ini memang layak memenanginya, Dhabitah melakukan terjunan dengan amat baik dan amat konsisten.
"Penerjun Amerika itu mungkin sedikit lebih bagus daripadanya dan layak memenangi pingat gangsa," katanya.
Dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 22, menamatkan saingan di tangga keempat dengan 326.15 mata keseluruhan dan hanya dipisahkan 17.6 mata dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.
Bagaimanapun kurang bersetuju dengan keputusan tersebut dan beranggapan bahawa Dhabitah selayaknya menduduki tangga ketiga saingan.
Dalam aksi final itu, Jaguh China, Shi Tingmao, menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 383.50 mata manakala rakan senegaranya, Wang Han (348.75 mata), memenangi pingat perak.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo 2020
#Atlet Negara
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#USA
#Sukan Olimpik
#Nur Dhabitah Sabri
#Atlet Papan Anjal
#Christian Brooker
#Jurulatih
Must-Watch Video