,
Laman Utama

“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Syafiqah Jalal
06/02/2023
12:45 MYT
Penyanyi berpengalaman, Fauziah Latiff akui menjadi juri untuk All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) adalah sesuatu pertandingan yang berbeza buat dirinya dari sebelum ini.
Malah, Fauziah atau lebih selesa dengan panggilan Kak Gee, berpendapat peserta dan juri melalui proses pembelajaran sepanjang pertandingan itu berlangsung.
“Bagi saya, pertandingan adalah tetap pertandingan… Cuma setiap daripadanya mempunyai konsep yang berbeza.
“Juri dan artis yang ada di sini pun mempunyai aspek yang berbeza…Begitu juga dengan yang bertanding pun cabaran mereka berbeza-beza saya lihat ada yang panik dan sebagainya.
“Juri pun mempunyai pengalaman asas yang general, mungkin juga ada yang mendalam bila memberikan komen.
“Jadi benda yang bagus peserta dapat mendengar dari aspek yang berbeza. Anggap sahaja ia satu perjalanan kehidupan,” katanya kepada Astro Gempak.
Fauziah ditemui Gempak ketika rakaman program peringkat akhir ATNM2 yang berlangsung di PICC, Putrajaya yang lalu.
Selepas sembilan minggu berlalu, Fauziah akui menimba banyak pengalaman dari segi bagaimana dia dan juri membuat pemilihan terhadap setiap peserta.
“Dari sini pun kita belajar benda baharu. Ada kalanya yang kita dah bangun (beri markah) tidak lama lepas itu ada yang terbuat silap. Tak mengapa memang ada yang boleh menyanyi tapi mistake can happened.
“Menyanyi pun tanggungjawab yang berat…masing-masing punya persepsi berbeza dan ada sebab mengapa mereka berdiri dan tidak berdiri kepada peserta yang dirasakan bagus.
“Saya percaya juri ada alasan mereka tersendiri dan peserta akan belajar,”ulasnya lagi.
Pentas akhir ATNM2 yang menampilkan 16 peserta itu telah menyaksikan busker dan artis kebudayaan, Khairul Nizam dinobatkan sebagai juara program berkenaan untuk musim kali ini.
Khairul Nizam yang mesra dengan panggilan Kroll itu telah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Paksa Wanita Buka Kamera Dalam Sesi Pembelajaran Quran Online, Lelaki Teruk Dikritik Netizen - “Dasar Penunggang Agama”

gempak
12/07/2024
08:25 MYT
Isu penunggang agama bukanlah sesuatu yang baharu diperkatakan di negara ini.
Hiburan

Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

gempak
04/06/2024
03:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Hiburan

Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”

gempak
28/05/2024
07:00 MYT
Doktor selebriti dan pencipta kandungan, Dr Say Shazril meluahkan rasa gusar apabila ada dalam kalangan remaja yang merasakan pendidikan itu tidak penting.
Hiburan

Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Mendapat Perhatian Menteri

gempak
25/03/2024
08:30 MYT
Pelakon Jasmine Suraya menyambut baik dan menghargai kesudian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang ingin mengkaji lebih lanjut mengenai isu tajaan pengajian yang dibangkitkan olehnya tempoh hari.
Hiburan

Kerajaan Sedia Pertimbang Kaji Bantu Jasmine Suraya Sambung Pengajian Di Los Angeles

gempak
25/03/2024
07:30 MYT
Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.