,
Berita

Jumpa Tulang Manusia Dekat Tempat Acap Hilang, Tunggu Keputusan DNA

Fiza Kamarudin
23/04/2019
08:57 MYT
Sah tulang yang ditemui penduduk kampung ketika melakukan pencarian Mohamad Ashraf Hassan, 29, di dalam Gua Kandu, Gopeng, kira-kira jam 1 tengah hari Ahad adalah milik manusia.
Menerusi laporan Harian Metro pengesahan tersebut dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, melalui bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, bedah siasat mendapati ia adalah tulang lama dengan keadaannya yang sudah reput.
Katanya, selepas disahkan tulang manusia, serpihan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, untuk padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia juga adalah tulang lama.
“Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.
“Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, hari ini.
Beliau berkata, padanan DNA yang akan dibuat adalah untuk membuktikan kaitan penemuan tulang itu dengan kehilangan Mohammad Ashraf, 29, pada 23 Mac lalu ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail.
Katanya, bagaimanapun keputusan ujian DNA itu nanti dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum ia boleh disahkan dan pihaknya akan cuba mempercepatkan proses berkenaan.
Ditanya sama ada pencarian Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap masih dijalankan penduduk selepas penemuan tulang itu, Hasron Nazri berkata, ia masih dijalankan namun dalam kumpulan kecil dengan kebenaran polis. – Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.