,
Laman Utama

Jumpa Jarum Dalam Bilik Tidur, Syiling Depan Rumah, Da'i Syed Syak Kena Sihir - "Ustaz Kata Benda Tu Buat Saya Stress, Malas, Kusut & ..."

Amri Hassan
28/11/2021
23:50 MYT
Pendakwah bebas, Da'i Syed Iqmal mendedahkan kini sedang mendapatkan rawatan secara perubatan Islamik bersama tiga orang ustaz bagi merawat gangguan sihir yang dihantar kepadanya.
Kata Syed Iqmal, 26, gangguan sihir yang difahamkan dihantar oleh seorang wanita itu telah menyebabkan dirinya menjadi tertekan, malas dan serabut.
"Ya, saya ada pergi berubat, ustaz kata saya kena gangguan dan saya diberikan air bacaan surah Yasin dan air garam.
"Gangguan itu menjadikan saya stress, malas kerja, kusut kepala, tak boleh nak bagi komitmen sebab terlalu serabut dan tak boleh tidur malam.
"Rawatan itu saya lakukan bersama tiga orang ustaz berdekatan rumah saya, Kajang dan salah seorang lagi melalui atas talian," katanya kepada Gempak.
Gangguan yang dialami sejak Februari itu bermula apabila dia menemui jarum di dalam bilik tidurnya.
Selain itu, adiknya juga menemui duit syiling pelik di luar kediaman mereka.
"Ia berlaku sejak Februari lalu, kata ustaz yang hantar itu perempuan, tapi lebih baik saya tak tahu siapa.
"Sebelum ini, saya jumpa jarum di dalam bilik dekat rak baju saya. Peliknya sebab jarum tu tak pernah ada situ, tiba-tiba terjumpa. Adik saya pun jumpa duit syiling depan rumah dan dia ambil.
"Lepas tu saya hubungi ustaz untuk scan rumah saya, katanya di dalam bilik saya, depan rumah dan di dalam kereta ada 'benda' itu. Dia bagi kita rasa malas, sekat tak bagi kita kerja," ujarnya.
Syed Iqmal ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.
Turut dilancarkan pada majlis sama adalah kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.
10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.
Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan webiste rasmi mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.