,
Hiburan

Jumlah Tontonan Muzik Video Shiha Zikir 'Ghaib', TODAK Music Mahu Penjelasan YouTube

Kamaruddin Razal
25/09/2020
10:44 MYT
Penyanyi Shiha Zikir mencatatkan permulaan yang baik saat meluncurkan single terbaru berjudul AEWO pada 5 Ogos yang lalu.
Bukan sahaja menjadi bualan hangat di kalangan netizen sehingga tular, bahkan mendapat lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
Gelombang penonton juga terus meningkat saban hari, bagaimanapun selepas seminggu ia ditayangkan, penonton AEWO ‘ghaib’ apabila jumlahnya merudum sehingga 170,000, berbanding catatan tertinggi 381,095 pada hari ke-5 ia ditayangkan.
Sehingga kini, jumlah tontonan muzik video single kolaborasi antara Shiha dan Noki ini masih tersangkut dan naik perlahan.
Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq, berkata, permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.
“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku? Adakah ini perkara normal atau ada sesuatu yang tidak kena?
“Tambah musykil, turun naik jumlah tontonan muzik video AEWO ini berlaku secara kerap. Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama.
“Rekod paling rendah adalah 170,000 penonton. Jika hal ini tidak berlaku kemungkinan besar muzik video AEWO sudah mencecah 1 juta penonton sekarang.
“Bagi mendapatkan penjelasan, permasalahan ini telah kami suarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas mereka,” katanya.
Ujarnya lagi, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan yang teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.
“TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.
“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.
“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,” katanya.
Sementara itu, artis serba-boleh Shiha Zikir turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini yang dikongsi melalui akaun Instagram miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

gempak
13/06/2024
02:25 MYT
15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

gempak
20/04/2024
06:57 MYT
Jangan tanya soalan sensitif.
Hiburan

Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

gempak
07/03/2024
09:55 MYT
Tak propa ye, semua tu real
Hiburan

Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

gempak
05/03/2024
02:55 MYT
Shiha Zikir tak tiru mana-mana artis