,
Laman Utama

Juliana Evans Tak Kisah Timang Anak Perempuan Lagi – “Saya Tahu Perasaannya…”

Syafiqah Jalal
18/05/2023
08:49 MYT
Pelakon Che Puan Juliana Evans akui teruja bakal dikurniakan anak perempuan untuk kelahiran cahaya mata kedua.
Kata Juliana Evans dia berharap bayi yang bakal lahir pada Julai nanti akan menjadi peneman buat anak sulungnya kelak.
“Kalau bayi lelaki saya tidak kisah, kalau dapat perempuan saya tidak kisah juga tetapi saya harap dapat anak perempuan.
“Saya gembira bakal dikurniakan anak perempuan lagi. Saya mahu anak saya ada adik-beradik perempuan. Ini kerana saya juga seorang sahaja perempuan dalam adik- beradik jadi, saya tahu perasaannya bagaimana.
"Ia agak sunyi dan saya suka bila tengok adik-beradik perempuan bersama. Jadi, anak-anak saya nanti boleh jadi kawan baik.
"Mungkin dikehamilan seterusnya nanti, kami akan dikurniakan cahaya mata lelaki. InsyaAllah," katanya kepada Gempak.
Mengenai kerjaya seninya, Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue memberitahu dia bakal kembali aktif selepas kelahiran anak kedua tidak lama lagi.
“Insya-Allah jika keadaan dan kesihatan saya selepas bersalin nanti berjalan dengan baik saya akan mengambil masa beberapa bulan untuk aktif.
“Namun dalam masa yang sama saya terpaksa mempertimbangkan tawaran lakonan yang diberi supaya tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada anak-anak saya,” ujarnya.
Terdahulu, Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hat Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video