,
Laman Utama

Julia Farhana Nafi Bela Anjing - "Saya Hanya Jaga Sementara ..."

Gempak
21/10/2023
09:17 MYT
Pelakon Julia Farhana Marin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dia membela anjing seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
Menurutnya, haiwan tersebut hanya ditumpangkan sementara di rumahnya dan dijaga oleh pembantu rumah selain memberi rawatan kerana penyakit kulit.
“Saya tidak tahu dari mana kenyataan dan dakwaan mengatakan saya membela anjing itu muncul.
“Sebenarnya saya tidak bela dan hanya jaga sementara untuk beberapa bulan di rumah dan beri rawatan bagi penyakit kulit anjing itu.
“Tak pernah main atau habiskan masa dengan anjing-anjing itu pun. Kini sudah ada tuan lain menjaga mereka,” katanya.
Dia bagaimanapun mengakui khilaf kerana menjaga haiwan tersebut di kediamannya sedangkan boleh menyewa di premis lain untuk tujuan murni tersebut.
“Hakikatnya makhluk lain pun perlukan kasih sayang dan penjagaan tetapi mungkin cara saya salah.
“Mungkin selepas ini, kalau nak beri jaga atau rawat, saya akan sewa satu ruang sebagai tempat pelindungan haiwan sebegitu.
“Selain itu, saya bukan sahaja bantu anjing sahaja tetapi juga miliki dan menjaga lebih 20 ekor kucing,” ujarnya.
Sebelum ini, Julia pernah tampil memohon maaf jika tindakannya menjaga anjing bernama Julio mengundang rasa kurang senang ramai.
Ujarnya, haiwan peliharannya itu bukanlah dipelihara di dalam kediamannya sebaliknya diletakkan di halaman rumah.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.