,
Laman Utama

Julia Farhana, Che Hafiz Bakal Kahwin Tak Lama Lagi! Akui Dah Kenal Sejak 2 Tahun Lalu - "Kami Sudah Bertunang Dan ..."

Amri Hassan
01/12/2022
01:55 MYT
Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan pasangan Che Hafiz dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Enggan mendedahkan secara terperinci perihal hari bahagia mereka, Julia, 28, sudah mempersiapkan diri dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Sebenarnya kami berdua sangat private, tak pernah kongsikan tentang kehidupan kami. Ramai yang tak tahu, jadi banyak spekulasi dan fitnah disampaikan.
"Ramai tak tahu kami berdua dah bertunang dan itu juga disusun oleh keluarga kami. Kami kenal pun sejak dua tahun lalu.
"Saya kenal Che Hafiz melalui keluarga, ibu saya memang dah lama berkenankan dia. Saya pula tak ada niat nak settle down, saya gembira dengan karier saya, nak fokus menyanyi, berlakon, producing dan belajar.
"Sejujurnya, selama ini saya bercinta tak menjadi pun, jadi baik saya dengar cakap mama.
"Persiapan sudah 80 peratus siap, sebenarnya saya sangat sibuk dan tak sempat pun nak jumpa bakal suami. Kedua-dua pihak sangat supportive dan kita bahagikan tugas masing-masing. Keluarga pun sudah bersedia," katanya kepada Gempak.
Julia ditemui pada majlis pelancaran Rizman Ruzaini Flagship Store di Shoppes at Fous Seasons Place, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas mengenai keperibadian Che Hafiz, kata Julia dia mengakui jejaka itu seorang individu yang matang, budiman dan mudah untuk dibawa berbincang.
"Bila berkenalan dengannya, hmm not bad. Dia okey, nice guy, soft spoken, gentleman dan sangat matang. Seorang yang boleh dibawa berbincang. Dia bukan calon yang tak elok untuk dijadikan suami.
"Selama ini sukar untuk saya mencari pasangan yang faham kerjaya saya, saya baru merangkak dalam industri dan banyak lagi komitmen. Dia terima saya seadanya, jadi eloklah saya akan dengar cakap ibu saya," ujarnya.
Menerima Che Hafiz sebagai 'pakej' bapa tunggal, Julia enggan menjadikan kisah silam sebagai halangan untuk mengecap kebahagiaan bersama.
Malah, tambah Julia, Che Hafiz juga berlapang dada menerimanya seadanya.
"Saya tak pernah terfikir dan tak pernah terniat (untuk bersama dengan bapa tunggal), cuma bila terjadinya hubungan ini, saya lebih memikirkan karakteristik dia, ketepikan seketika kehidupan lampau dia.
"Sudah tentu dari hari pertama saya terfikir, bolehkah saya terimanya kalau dia datang dengan pakej? Jujurnya saya dah fikir masak-masak dan sudah terima semua orang, saya tiada masalah langsung dengan sesiapa.
"Bila kita berkenalan dengan seseorang, kita akan kenal dengan sejarah seseorang. Dia pun perlu terima saya seadanya.
"Memandangkan kami sudah sampai ke tahap ini, ia membuktikan saya sudah lama terimanya dengan hati terbuka," tambah Julia lagi.
Untuk rekod, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 29 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#FromKawanToKahwin Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

gempak
24/11/2024
13:02 MYT
Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri Che Puan selamat bernikah dengan pilihan hatianya yang dikenali sebagai  Hafiz Osman dengan sekali lafaz hari ini.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar