,
Viral

Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem, Jangan Bikin Malu Orang Sabah”

Mya Amri
23/05/2024
02:55 MYT
Komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggota kumpulan baharu SMDX iaitu Elle yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

Tak kenal Dolla

Menerusi rakaman tular di media sosial, Elle pada ketika itu sedang menjawab soalan netizen yang bertanyakan perasaannya selepas single baharu mereka dikeluarkan.
“Gembiralah, cuma memang ada haters yang kecam kecam, cemburu tapi kan do i care? Cukup training sudah saya punya mental,” ujarnya.
Namun apa yang menghangatkan lagi keadaan apabila ada yang mengatakan SMDX ini merupakan pencabar girl group terkenal, Dolla.
Elle kemudiannya menyatakan dia tidak mengenali kumpulan itu.
“Who is Dolla? I tidak kenal Dolla. Mungkin Devey dan Crystal kenal lah, saya tidak. Who is that? I was like bukan sombong tapi memang tak kenal pun,” ujarnya.

Attitude problem boleh rosakkan nama SMDX

Melabelkan jawapan yang diberi El itu sebagai bodoh sombong, Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.

“Belum apa-apa lagi sudah ada 'attitude problem'. Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang sahaja pun, sudah jadi bodoh sombong.

“Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Tak rugi merendah diri. Ini cara menjawab tu bah..aduiina... patutlah kena kecam.

“Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali… rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah hmmm,” tulisnya dalam slang Sabah.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Julfekar itu.
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
Selain SMDX, Julfekar sebelum ini juga pernah menegur persembahan kumpulan The Gadys kerana mutu persembahan dan kualiti vokal mereka yang agak mengecewakan.

BERITA TRENDING: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian Julfekar

Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.