,
Hiburan

Jujur Dengan Muzik Buat Gerhana Ska Cinta Bertahan Selama 16 Tahun

Syafiqah Jalal
09/12/2016
04:36 MYT
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan selama 16 tahun bersama, namun kumpulan Gerhana Ska Cinta tetap bertahan sehingga kini.
Ahli kumpulannya Edy berkata, kejujuran dan minat yang mendalam terhadap muzik telah membuatkan mereka berenam masih bersatu dan meneruskan muzik ska.
"Tipulah saya kata selama 16 tahun kami bersama tiada langsung persefahaman. Sedangkan adik-beradik pun boleh bergaduh apatah lagi kami.
"Terlalu banyak pengalaman kami lalui bersama daripada semua ahli masih bujang hinggalah kini masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan komitmen masing-masing.
"Namun kami ketepikan semua masalah dan perselisihan faham itu kerana minat yang terlalu dalam kepada muzik.
"Sebelum ini kami berehat jika ada salah seorang tidak dapat memberikan komitmen kerana tanggungjawab kepada keluarga tetapi kami akan bersatu semula bila semuanya ada," katanya kepada Astro Gempak.
Kumpulan Gerhana Ska Cinta ditemui selepas sidang media Konsert Skankin Festival 2016 di Cartel Coffee Bangi, kemarin.
Enam ahli asal Gerhana Ska Cinta yang masih bersama adalah Widy, Bakri, Fairuz, Rejab dan Jalut serta tambahan seorang ahli baru iaitu bekas ahli kumpulan Fabalous Cat iaitu Farhana.
Selepas dua tahun tidak muncul dengan produk baru, tahun ini Gerhana Ska Cinta tampil dengan single terbaru iaitu Perosak Cinta . Widy Gerhana Ska Cinta memberitahu single tersebut adalah 'comeback' buat kumpulan tersebut.
"Tahun ini kami release dengan sebuah single ciptaan ahli kumpulan kami sendiri juga iaitu Edy.
"Ia sudah pun berkumandang di radio pada Ogos lalu dan kami baru sahaja siap dan tampil dengan muzik video.
"Kami harap Perosak Cinta bakal mengubat rindu peminat kami yang selama ini menantikan lagu-lagu baru kami," katanya.
Single Gerhana Ska Cinta yang popular dan muncul dua tahun lalu berjudul Sayang yang turut menampilkan suara Altimet, Salam Music dan Nabila Huda.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

gempak
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Hiburan

Hari Rock Negara Tarikan Menarik Sempena Fiesta Belia Merdeka 2024! Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara Antara Line Up Padu

gempak
31/08/2024
20:27 MYT
Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal berlangsung pada 8 September ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).
Hiburan

Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

gempak
14/08/2024
18:55 MYT
Bermula dengan tarikh 21 September 2024 yang dipilih sebagai permulaan bagi malam-malam minggu yang menarik nanti, Panggung Malam Minggu pertama akan membawakan Gerhana Ska Cinta serta Masdo dengan kemunculan MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

gempak
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.