,
Laman Utama

Jual Tudung Corak Bendera Palestin, Che Ta Nafi Raih Keuntungan Daripada Keperitan Hidup Orang Lain

Fiza Kamarudin
29/05/2021
03:40 MYT
Selepas dituduh meraih keuntungan daripada kesusahan rakyat Palestin gara-gara menjual tudung bercorak bendera negara tersebut, pelakon popular Rozita Che Wan tampil mempertahankan diri.
Tidak mengendahkan dakwaan tersebut, Che Ta berkata, sebahagian daripada hasil jualan rekaan tudung itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Selain daripada menderma, inilah cara yang saya rasa dapat meningkatkan jumlah derma terhadap mereka.
“Kalau orang beli tudung ini, mereka pun kira membantu juga. Saya harap rakyat Malaysia sudi membeli sambil menderma dan menyarungkan tudung tema Palestin ini demi simbolik sokongan kita terhadap mereka," katanya.
Che Ta menjalin kolaborasi dengan rakan kongsi, Ashh & Annas melancarkan tudung edisi khas, Palestine Edition yang berharga RM89.90 sehelai.
Sementara itu, Pengarah Urusan Ashh &Annas, Mohamad Anas Zahrin berharap agar usaha mereka itu dapat membebankan beban rakyat Palestine.
“Nak pergi ke sana kita tidak boleh, kita tiada kekuatan. Jadi, membeli sambil beramal juga adalah sebahagian daripada sokongan kepada saudara Islam kita di sana.
"Saya berharap dengan usaha ini dapatlah kita semua meringankan beban mereka. Terima kasih kepada anda yang sudi menyokong kami. Anda rakyat Malaysia yang prihatin,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Hiburan

Che Ta Dedah Bakal Hantar Rombongan Merisik Untuk Anak, Gembira Bakal Menantu Berhijab

gempak
07/08/2024
09:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan, mendedahkan bakal menghantar rombangan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.