,
Laman Utama

Jon Bastiste, Olivia Rodrigo Menang Besar Anugerah Grammy Ke-64!

Izwan Isa
04/04/2022
05:50 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo dinobatkan sebagai artis baharu terbaik pada majlis Anugerah Grammy Ke-64, sekaligus menempatkan kariernya ke tempat yang lebih tinggi selepas mula mencipta nama menerusi single Drivers License.
Olivia menewaskan beberapa artis lain yang turut dicalonkan, antaranya Arooj Aftab, Jimmie Allen, Baby Keem FINNEAS, Glass Animals, Japanese Breakfast, The Kid LAROI, Arlo Parks dan Saweetie.
Olivia turut merangkul dua anugerah lain iaitu Persembahan Solo Pop Terbaik dan Vokal Pop Terbaik menerusi lagu yang sama.
Dalam pada itu, bagi kategori album terbaik, penyanyi Jon Batiste diumumkan sebagai penerima anugerah menerusi album We Are. Jon turut menerima empat anugerah lain iaitu Muzik Video Terbaik (Freedom), Persembahan Roots Amerika Terbaik & Lagu Roots Terbaik (Cry) serta Runut Bunyi Skor Terbaik Untuk Media Visual (Soul).
Sementara itu, album milik Silk Sonic, Leave The Door Open dinobatkan sebagai Rekod Terbaik. Silk Sonic turut meraih kemenangan menerusi kategori Lagu Terbaik menerusi Leave the Door Open.
Sementara itu, penyanyi versatil, Doja Cat berjaya meriah anugerah Persembahan Berkumpulan Pop/Duo Terbaik menerusi lagu Kiss Me More. Album Heaux Tales oleh Jazmine Sullivan dipilih untuk sebagai Album R&B Terbaik pada anugerah berkenaan.
Bagi kategori Album Country Terbaik, album Starting Over oleh Chris Stapleton meraih perhatian juri.
Diacarakan oleh Trevor Noah, Anugerah Grammy Ke-64 diadakan di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berkat Ramadan, Rapper & Pemenang Grammy, Lil Jon Peluk Islam

gempak
18/03/2024
00:31 MYT
Rapper terkenal Amerika Syarikat yang merupakan penerbit dan deejay, Jonathan H. Smith telah memeluk Islam dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Laman Utama

Putri Ariani Mahu Simon Cowell Urus Karier, Impi Menang Grammy

gempak
15/06/2023
04:55 MYT
Vazz!
Laman Utama

Dikutuk Buruk Lakukan Banyak Pembedahan Plastik, Madonna Salahkan ‘Angle’ Jurugambar

gempak
09/02/2023
14:55 MYT
Madonna kini berusia 64 tahun.
Laman Utama

Saksikan Anugerah Tahunan Grammy Ke-65 Secara Langsung Di Astro Pada 6 Februari

gempak
03/02/2023
03:49 MYT
Siaran Langsung ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ di Astro pada 6 Februari
Laman Utama

Menang 3 Anugerah Di Grammy Awards, Piala Olivia Rodrigo Jatuh & Patah

gempak
05/04/2022
13:50 MYT
Insiden tidak terduga menimpa penyanyi solo yang mengungguli Grammy Awards, Olivia Rodrigo saat berdepan media massa usai menang dalam anugerah berprestij itu semalam.