,
Laman Utama

Jom! Ketahui Kelebihan Memakai Serum Muka

Fiza Kamarudin
25/01/2022
05:40 MYT

Foto: Shutterstock

Adakah anda selalu menggunakan serum muka? Tapi pentingkah serum muka ini dalam rutin penjagaan wajah?
Secaranya ringkasnya terdapat beberapa kelebihan penggunaan serum dalam rutin penjagaan wajah harian. Antaranya:
  1. Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul kecil, kulit anda akan dapat menyerapnya lebih cepat dan lebih mendalam.
  2. Serum muka biasanya dibuat dari ekstrak kuat yang 10 kali lebih pekat daripada pelembab tetapi tidak berfungsi untuk melembapkan kulit. Jadi amat sesuai untuk individu kulit berminyak.
  3. Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran. Sebagai contoh, terdapat serum muka untuk antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat. Ia mensasarkan keperluan tertentu dan anda dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Jadi pastikan anda membeli serum mengikut keperluan kulit anda.
  4. Serum biasanya datang dalam botol kecil. Tetapi penggunaan 1 hingga 2 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka. Oleh itu, satu botol dengan berat 28 gram boleh bertahan selama berbulan-bulan.
Antara serum muka yang patut dijadikan pilihan ialah Hada Labo HA Supreme Booster Serum kerana ia mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah kekeringan, kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit yang lain dengan cepat.
Tambah-tambah lagi teksturnya yang ringan menjadikan serum ini cepat menembusi jauh ke dalam kulit wajah.
Rangkaian HA Supreme Booster Serum termasuk:
i) H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum Serum baharu yang telah dinaik taraf untuk menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat berbanding dengan serum biasa kerana ramuan yang berkesan dan penembusan yang tinggi. Ia mengandungi formula suntikan yang dapat mencerahkan kulit dengan berkesan.
Serum ini juga mengandungi 5% Niacinamide , Vitamin B12 & 4 jenis Hyaluronic Acid yang mampu menyerap jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm dan berupaya mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48%.
Jangan risau kerana kandungannya bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, sesuai untuk semua jenis kulit. Dapatkan sekarang untuk kulit cerah dan berseri!
ii) HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum Jika anda mempunyai kulit kering, serum booster ini pasti sesuai untuk anda kerana serum ini boleh membantu melembapkan kulit kering, mengecilkan pori, dan menguatkan penghalang kulit.
Diperkaya dengan 4 asid hyaluronik dan seramida yang sangat melembapkan, serum ini serta-merta melembapkan kulit dan membentuk filem pelindung yang mengunci air untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada permukaan kulit dan memberi 24 jam penghidratan dalaman.
Ia mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap oleh kulit serta bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, sesuai untuk semua jenis kulit.
iii) HA Supreme Cica Soothing Booster Serum Kepada anda yang mempunyai masalah jerawat dan kulit sensitif, cubalah HA Supreme Cica Soothing Booster Serum.
Kaya dengan kompleks Centella Asiatica 20,000ppm dan 4 jenis asid hyaluronik yang boleh menghidrat dan menenangkan kulit yang teriritasi dalam masa 5 minit sahaja.
Teksturnya ringan dan cepat meresap ke dalam kulit, bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, sesuai untuk semua jenis kulit.
Tunggu apa lagi? Jika inginkan kulit wajah cantik dan berseri, rangkaian produk Hada Labo, HA Supreme Vita Brightening Concentrate 30ml di Watson Malaysia hari ini juga!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar