,
Laman Utama

Jom Kenali Hande Ercel...Wanita Tercantik Di Dunia!

Asraf Aided
22/12/2020
10:26 MYT
Hande Ercel, seorang model yang berasal dari Turki ini menduduki tempat pertama dalam senarai 100 Wanita Tercantik Sedunia versi Top Beauty World.
Memetik laporan Insert Live, penilaian kecantikan dibuat berdasarkan 50 peratus rasio wajah, 20 peratus standard kecantikan global dan 30 peratus lagi daripada hasil undian.
Ercel yang berusia 27 tahun itu mengalahkan Alexandra Daddario, Angelina Jolie dan Lisa Blackpink dalam senarai tersebut.
Ercel dilahirkan pada 24 November 1993 di Bandirma, Balikesir, Turki dan dibesarkan oleh abangnya Ahmed Be sejak kecil bersama neneknya, Bibi Rosie.
Dalam dunia permodelan, Ercel pernah menerima penghargaan Miss Civilization of the World 2012 selain pernah menyertai pertandingan Miss Turkey 2012.
Selain berkecimpung sebagai model, Ercel juga merupakan seorang pelakon dan mulai aktif dalam industri hiburan pada sekitar tahun 2013.
Sedikit tentang sisi peribadi, Ercel telah bertunang dengan penyanyi asal Turki, Murat Dalkilic yang sudah menjalin cinta bersamanya sejak tiga tahun lalu.
Sumber : insertlive.com Kredit Foto : Super Stars Bio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Teruk Dikritik Kerana Diiktiraf Wanita No 5 Tercantik Dunia, Ini Jawapan Penyanyi Dangdut Lesti Kejora

gempak
23/12/2020
08:50 MYT
cantik kan subjektif
Artis

Hande Ercel Tercantik di Dunia, Lesti Kejora di Posisi Kelima Versi TB Beauty

gempak
21/12/2020
10:28 MYT
Berita

Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020, Sebaris Dengan Billie Eilish, Bella Hadid

gempak
19/12/2020
01:37 MYT
Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020
Berita

Julia Roberts Dinobatkan Wanita Tercantik Dunia 2017

gempak
20/04/2017
08:12 MYT