,
Berita

Johor Tukar Cuti Hujung Minggu Kepada Sabtu & Ahad Mulai 1 Jan 2025

Mya Amri
07/10/2024
07:17 MYT
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun hadapan.

Berkuatkuasa 1 Januari 2025

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Dalam hantaran yang sama, baginda juga bertitah agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan akan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat.
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya,” titah baginda.

Pada 1 Jan 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.
Untuk info, negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

gempak
28/09/2024
14:58 MYT
Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan dari segi kewangan.
Viral

IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

gempak
23/09/2024
06:55 MYT
Streamer terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kembali membuat kejutan kepada peminatnya di Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
BorakSeeni