,
Laman Utama

Johor Buka 777 Pusat Pemindahan Sementara Bagi Persediaan Hadapi Banjir

Shahrin Zulkifle
08/09/2022
23:00 MYT
Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuka sebanyak 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail@Md On berkata, PPS berkenaan yang melibatkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai itu, mampu menempatkan hampir 200,000 mangsa.
Beliau berkata PPS yang disediakan itu akan dibahagikan kepada tiga skala iaitu PPS skala besar, sederhana dan kecil, bagi menghadapi peningkatan mangsa banjir susulan fenomena La Nina.
"Dikatakan hujan lebat akan lebih kerap berlaku ketika fenomena ini terutamanya November ini sehinggalah Februari depan," katanya selepas menutup program latihan amal dan simulasi pengurusan PPS peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang, pada Khamis.
Katanya, buat masa ini, terdapat dua PPS berskala besar yang mampu menampung hampir 5,000 mangsa, 114 PPS berskala sederhana (76,000 mangsa) dan 661 PPS berskala kecil yang mampu menampung sehingga 132,000 mangsa.
Seramai 200 warga kerja pelbagai agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, polis, bomba, pertahanan awam, jabatan pendidikan dan sukarelawan, Southern Volunteers (SV) mengambil bahagian pada program tersebut. Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.