,
Hiburan

John Cena Sah Sertai Filem ‘Fast & Furious 9’!

Azwa Rahman
10/06/2019
18:55 MYT
Bintang WWE dan pelakon, John Cena telah mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’.
Berkongsi berita itu di laman Twitternya dua hari lalu, Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr., 42, sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem franchise itu. “Untuk hampir 20 tahun, franchise Fast & Furious telah mengembirakan ramai peminat. Ia satu penghargaan kerana dapat sama-sama menyertai franchise dan keluarga ini,” tulis Cena di Twitter.
Berita baik itu disambut dengan ratusan komen positif daripada peminat filem dan Cena sendiri.
Menerusi filem arahan Justin Lin ini, watak Cena masih belum didedahkan tetapi difahamkan Cena akan memainkan watak seorang ‘badass’.
Akan memulakan sesi penggambarannya tak lama lagi, filem ini akan berada di pawagam pada 22 Mei 2020.
Terdahulu, Dwayne ‘The Rock’ Johnson merupakan bintang WWE pertama yang berlakon dalam filem itu.
Namun, tiada sebarang adegan pertempuran di antara dua jaguh ini kerana The Rock tidak akan terlibat dalam siri ke-9 ini.
Difahamkan, Vin Diesel dan The Rock tidak lagi ‘sekepala’ selepas Vin Diesel tidak selesa dengan kehadiran Dwayne dalam siri Fast & Furious.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.