,
Laman Utama

Johanis Sani Lancar Koleksi Pakaian Sesuai Untuk TikTokers!

Asraf Aided
02/09/2020
08:26 MYT
Personaliti media sosial, Johanis Sani akui sangat suka berkongsi video di aplikasi TikTok.
Malah menurut Johanis, dia juga selalu menari di luar ketika cuaca panas terik dalam beberapa video TikTok yang dihasilkan.
Justeru, perkara itu mencetuskan inspirasi kepada Johanis untuk menggunakan material selesa dalam penghasilan koleksi pakaian jenama miliknya, Jinks.
"Sebelum ini saya aktif di YouTube, tetapi sekarang saya juga minat menghasilkan video di TikTok.
"Kadang-kadang, saya akan menari di luar ketika cuaca panas terik, jadi, koleksi pakaian jenama saya ini memang menggunakan 95 peratus 'cotton' dan 5 peratus 'latex'.
"Material sebegini sesuai untuk rakyat Malaysia dan mereka yang suka buat video TikTok seperti saya," katanya kepada Gempak.
Johanis berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party sempena melancarkan jenamanya itu baru-baru ini.
Tambah Johanis, Jinks juga meraikan kepelbagaian saiz badan dan menawarkan potongan baju yang turut sesuai dipakai oleh mereka yang tidak memiliki tubuh langsing.
"Jinks meraikan kepelbagaian saiz badan, rekaan kami turut menawarkan saiz XL, malah saiz XL ini juga masih berbentuk 'baggy' dan sesuai dipakai oleh mereka yang tidak memiliki tubuh langsing," katanya lagi.
Majlis itu dihadiri oleh barisan personaliti media sosial dan selebriti tempatan antaranya Kasih Iris Leona, Alya Iman, Sharifah Rose dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Salahudi Dedah Individu Dengki & Perangai Toksik - “Jangan Cabar Orang Yang Bersabar, Datang Depan Aku Kalau Kau Ada Masalah”

gempak
30/07/2024
21:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Adira Salahudi meluahkan rasa terkilan dengan individu yang menyimpan hasrat dengki terhadap diri dan keluarganya.
Hiburan

Jangan Ambil Ringan Kes Siber Buli, Mek Yun Harap Undang-Undang Dapat Diperketatkan - “Saya Juga Pernah Jadi Mangsa, Sampai Rasa Hilang Semangat”

gempak
17/07/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan pelakon Mek Yun akui terkesan dengan kes membabitkan seorang 'influencer' bernama Rajeswary Appahu atau Esha yang menjadi mangsa buli siber sehingga sanggup menamatkan nyawanya sendiri.
Viral

Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Secara Normal Tanpa 'Koyak' - “Kemungkinan Saya Tak Penat & Ada Ambil…”

gempak
11/06/2024
02:55 MYT
Selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 18 Mei lalu, personaliti media sosial iaitu Nelysa Norazlan berkongsi pengalamannya bersalin secara normal.
Laman Utama

Dilabel Pilih Lelaki Asal Boleh, Sekali Fila Jawab - “Suami Saya Tak Merokok, Fasih Tujuh Bahasa, Belajar Sampai Master”

gempak
18/11/2023
08:55 MYT
Jangan pandang orang sebelah mata ya.
Laman Utama

“Ada Yang Tanya Saya Ni Cina Ke Kelantan” - Mek Yun Kongsi Ragam Comel Netizen

gempak
12/09/2023
11:55 MYT
Luculah netizen ni.