gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiada Campur Tangan Pihak Ketiga, Mas Idayu Buka Mulut Kes Cerai - "Allah Tutup Aib Kami, Saya Memang Layak Mohon ..."
HIBURAN
“Ini Peluang Untuk Dapat ‘Pencen Kubur’” – Prof. Muhaya Kongsi Pengalaman, Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita
HIBURAN
"Hanya Allah Mampu Membalasnya" - Siti Nurhaliza & Fizie Suntik Semangat Bomba
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Jofliam Kongsi Kad Ucapan Anak Tulis ‘My Mami Name Is Mira’, Netizen Anggap Tidak Sensitif - “Apa Perasaan Mak Kandung, Anak Dia Puji Orang…”

gempak
Umirah Halim
10/05/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Jofliam Kongsi Kad Ucapan Anak Tulis ‘My Mami Name Is Mira’, Netizen Anggap Tidak Sensitif - “Apa Perasaan Mak Kandung, Anak Dia Puji Orang…”
Pempengaruh sensasi, Jofliam sekali lagi menerima kecaman hebat daripada warganet selepas berkongsi gambar kad ucapan anaknya, Han, yang didakwa lebih ditujukan kepada isteri barunya, Dewi berbanding ibu kandung Han, iaitu pempengaruh Cik Epal.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam memuat naik kad yang berisikan kata-kata penghargaan yang dipercayai ditulis oleh Han kepada Dewi.
“Tugasan Han di sekolah, so sweet semoga @emiradelyati terus menjaga Han Yuki dengan kasih sayang, I love you,” tulis Jofliam.
Hantaran tersebut sekaligus menerima reaksi daripada netizen yang rata-rata mempertikaikan kewajaran tindakan Jofliam yang berkongsi hal sensitif melibatkan anak kecil.
Malah, ada juga menyifatkan perbuatan itu seolah-olah mengetepikan peranan dan pengorbanan Cik Epal sebagai ibu kandung yang membesarkan anak tersebut sejak lahir.
“Lelaki paling tak guna sekali kat dunia ni jatuh pada si katik Jo. Aku geram betul dengan dia ni. Sepatutnya kau sebagai seorang bapak tak payah beria nak share benda macam ni. Memang saja nak sakitkan hati ex-wife kau kan. Kau rasa apa perasaan mak kandung budak tu tengok anak dia puji orang yang bukan mak dia, lepas tu kau upload pula kat media sosial konon bini baru kau terpaling bagus. Semak la katik.
Macam tak logik je budak tulis pasal Mak tiri. Lain la kalau dia tak jumpa mak kandung langsung. Walau task di sekolah nampak macam dipaksa tulis je. Plus ayat tu bukan ayat kanak-kanak, nampak macam ayat yang dikarang oleh orang yang lebih besar.
“Kad untuk ibu tiri okay, tapi jangan sampai abaikan ibu sebenar. Hormat sikit perasaan Cik Epal,” komen beberapa pengguna di Thread.
Topic Berkaitan
#Anak
#Kad
#Jofliam
#Cik Epal
Must-Watch Video