Hiburan
“Jika Ditakdirkan Berjodoh, Saya Tidak Menolak” - Fazura Minta Peminat Doakan Terbaik Buat Dirinya
Pelakon dan usahawan, Fazura mengakui dia tidak akan menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dirinya masih mempunyai jodoh.
Menerusi video berdurasi 32 saat tersebut memaparkan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura, 41, melakukan tutorial tudung ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.
Kemudiannya, seorang individu yang merupakan pekerja Fazura membaca komen daripada netizen yang memuji aktres itu kelihatan cantik dan berseri, seolah-olah seperti bakal bernikah.
“Cantiknya Fazura macam nak berkahwin je,” ucapan dari pekerjanya yang membaca komen dari netizen.
Selepas mendengar pujian tersebut, bekas isteri Fattah Amin itu dengan tenang meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Namun, aktres itu memilih untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak perempuannya, Fatima, dan kerjayanya tetapi dia tidak menolak jika Allah S.W.T memilihnya untuk berkahwin sekali lagi.
“Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya mahu fokus kepada Fatima dan kerjaya dahulu.
“Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik dan terbaik untuk saya serta Fatima. Doakan okay,” katanya.
Sekadar info, pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan bahawa tempoh idahnya telah selesai selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin, pada 7 Oktober 2024.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun.
BERITA TRENDING: Anak Tular ‘Speaking Berabuk’ Buka Showcase, Misha Omar: “Saya Tidak Paksa Dia…”
BERITA TRENDING: Hanis Zalikha Sebak Impian Bawa Staf Ikut Melancong Luar Negara Akhirnya Tercapai - “10 Tahun Kemudian Allah Bagi Rezeki…”
BERITA TRENDING: “Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu” - Shila Amzah
BERITA TRENDING: "Saya Mohon Maaf" - Kim Seri Janji Bayar Ganti Rugi, Dedah Punca Gagal Bisnes Di Korea Selatan
Must-Watch Video