,
Berita

"Jika Allah Bersama Anda, Tiada Siapa Boleh Hancurkan Anda" - Khabib Nurmagomedov

Elrafaei Sapi
08/10/2018
06:33 MYT
Sejak malam semalam, media sosial dihujani pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai kepada juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov selepas menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan Seni Beladiri Campuran (MMA) UFC 229.
Khabib menerusi Instagramnya, @khabib_nurmagomedov turut menyatakan penghargaannya pada mereka yang memberi sokongan padanya selama ini.
"Apabila Allah bersama anda, tiada siapa boleh menghancurkan anda. Tiada siapa," katanya.
Ramai netizen memberikan ucapan tahniah dan mengucapkan rasa syukur atas kemenangan Khabib yang turut memberi kebanggaan pada umat Islam di seluruh dunia.
Dalam sedutan video pertarungan itu yang dimuat naik di media sosial menyaksikan Khabib membelasah McGregor dalam gelanggang sehingga lawannya itu lunyai.
Khabib is the BEST..#ufc299
pic.twitter.com/3FKY8EmHGz— عاصم الضلعان (@asem0706) October 8, 2018 Apa yang lebih mengejutkan, Khabib yang berasal dari Russia bertindak melompat keluar dari gelanggang perlawanan lalu menyerang penyokong McGregor.
Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan provokasi daripada pihak lawannya yang didakwa mempersendakan Islam dan keluarganya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @khabib_nurmagomedov
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Khabib Bakal Menemui Peminat Di Malaysia Bulan Depan

gempak
28/08/2024
13:25 MYT
Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di ibu negara.
Sukan

Belal Muhammad Petarung Palestin Pertama Juara UFC, Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Beliau!

gempak
29/07/2024
10:30 MYT
Belal Muhammad berjaya merampas gelaran milik Leon Edwards selepas menewaskan bekas juara welterweight itu dalam aksi UFC 304, pada Ahad.
Laman Utama

“Anaknya Ada Segalanya, Dia Bimbang Tak Ikut Jejak Langkah” – Khabib Dedah Kerisauan Ronaldo

gempak
08/03/2021
06:20 MYT
Cristiano Jr ni hebat tau, pernah jaringkan 58 gol dari 28 penampilan.
Laman Utama

“Pengganti Khabib Sudah Ditemui” - Zizan Razak Sedia Bertempur Menjadi Zizan Razav!

gempak
27/10/2020
13:09 MYT
Jaga-jaga hidung.
Highlights

Dahulukan Agama, Taat Kepada Ibu Bapa – Jadi Prinsip Khabib Nurmagomedov, Juara Lightweight UFC Dunia.

gempak
26/10/2020
10:43 MYT
Taat kepada ibu bapa, menjaga dan berpegang teguh dengan ajaran Islam; Khabib Nurmagomedov buktikan apabila agama didahulukan semuanya akan berjalan sempurna dengan izin-Nya.