,
Laman Utama

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa

Maliah Surip
27/09/2023
14:55 MYT
Pengkaji haiwan atau zoologi terkenal, Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya terkait salah laku seks dengan haiwan dan memiliki material penderaan kanak-kanak.
Pertuduhan tersebut dibacakan di mahkamah di Australia selepas zoologi yang bekerja dengan BBC dan National Geographic selepas sifat kejam dan ‘gila’ Britton terbongkar menerusi beberapa rakaman yang diperolehi.
Menerusi laporan BBC, Britton, 51, telah melakukan seks secara brutal bersama 42 ekor anjing. 39 daripadanya mati menderita.
Britton yang pekerjaan terkininya lebih banyak menguruskan buaya didakwa mula memiliki sikap keji atau memiliki nafsu terhadap haiwan sejak 2014.
Dia akan memperdaya pemilik haiwan seperti anjing untuk dipelihara sebelum menyeksa binatang-binatang tersebut.
Tidak cukup dengan menyeksa, Britton merakamkan aksi jijiknya sebelum berkongsikan video tersebut di alam maya dengan menggunakan nama samaran.
Hukuman terhadapnya akan dijatuhkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.