,
Laman Utama

Jijik! Letak Darah Haid Di Muka Sebab Nak Cantik? Ini Ulasan Pakar

Izwan Isa
20/10/2023
02:20 MYT

Pengguna aplikasi TikTok menggunakan platform ini dengan pelbagai tujuan.

Banyak perkongsian yang bermanfaat selalu mencuri tumpuan. Namun ada juga perkongsian yang tidak masuk akal dan jelek.

Salah satunya adalah perkongsian yang disifatkan agak ekstrim apabila mengajak wanita cantik dengan menggunakan darah haid!

Menerusi trend yang berlegar di TikTok dan muncul dari mana ini, para wanita dikatakan akan memiliki kulit lebih mulus dan awet muda dengan menjadikan darah haid sebagai skincare.

Kononnya, seseorang akan menjadi awet muda dengan mengoleskan darah haid pada wajah sekali dalam sebulan.

Video yang ditunjukkan adalah para TikTokers mengoleskan darah haid ke kulit wajah dan perlakuan jelek ini telah ditonton jutaan kali oleh pengguna platform tersebut dari seluruh dunia.

Tidak hanya itu, kerana popularnya trend tersebut, ada banyak tagar seperti 'periodfacemask' dan 'menstruationmasking' telah dibuat.

Namun trend tersebut ditentang hebat seorang doktor kulit bernama Joyce.

Dalam kenyataan yang disiarkan di New York Post, dia meminta agar tak ada orang yang mengikuti trend tersebut.

"Tolong, saya mohon, jangan gunakan darah menstruasi anda sebagai masker wajah," kata Joyce.

Joyce juga mengatakan bakteria yang terkandung dalam darah haid serta kotoran yang terdapat pada darah boleh memudaratkan.

Seorang lagi pakar dalam bidang kulit, Blair Hayes menyatakan ada banyak bakteria sehingga virus dapat berkumpul di rahim dan vagina.

"Apakah anda ingin terbangun di pagi hari dengan wabak herpes yang muncul di wajah hanya kerana mengoleskan darah menstruasi di wajah?” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Viral

Tergamak Pukul Ibu Kandung Depan Jiran

gempak
07/07/2024
15:55 MYT
Wanita ini sememangnya wajar digelar 'anak dari neraka'.
Hiburan

"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

gempak
18/05/2024
01:55 MYT
Kisah pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri mendapat liputan pelbagai pihak dan difilemkan sebagai Zim Zim Ala Kazim.
Hiburan

Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal

gempak
02/04/2024
22:27 MYT
Selebriti versatil, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam tadi
Laman Utama

Jangan Malas Bersenam Ketika Datang Bulan! Ini 4 Kelebihan Senaman Sewaktu Haid

gempak
28/07/2023
09:40 MYT
Menarik info ni!