,
Laman Utama

Jihan Muse Lebih Memilih, Ini Sebab-Sebabnya! - "Dulu Lepas Pantang Saya ..."

Asyikin Mayudin
25/08/2023
07:55 MYT
Mahu memberi tumpuan penuh terhadap anak keduanya yang bakal mencecah usia setahun, pengacara dan pelakon Jihan Muse berkata dia kini lebih selektif menapis tawaran.
Pemilik nama penuh Nuur Jihan Musa itu memberitahu dia tidak ralat melepaskan tawaran memandangkan tekad memberikan susu ibu kepada anaknya hingga genap dua tahun.
“Kami tiada pembantu, urusan rumah serta menjaga anak-anak dilakukan bersama suami tetapi kebelakangan ini Ungku Haris terbabit dalam penggambaran yang memerlukan saya fokuskan dulu kepada rumah tangga.
“Pada masa sama saya juga ingin berikan putera kedua kami susu ibu sepenuhnya sampai umur dua tahun kerana dulu lepas pantang saya terus keluar bekerja.
“Saya tak ralat ketepikan lakonan buat sementara waktu, tambahan pula saya tak pernah tinggal anak kecil kami lama sebab mahu kejar waktu menyusukannya,” katanya kepada Gempak.
Jihan ditemui ketika menghadiri sidang media program terbaharu berjudul The Chosen One, yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada baru-baru ini.
Menurut bekas pengacara Gegar Vaganza itu dia sedia terbabit dalam program televisyen yang tidak memerlukan masa panjang seperti rancangan realiti baharu The Chosen One terbitan Astro.
“Apabila ditawarkan tanggungjawab sebagai juri The Chosen One, saya tak mampu menolak melihatkan keunikan program ini membabitkan bakat muda, selain tugasannya hanya sehari dalam seminggu.
“Tawaran mengacara program buat masa ini belum ada, apabila dipertanggungjawabkan sebagai juri itu pun satu amanah besar, apatah lagi membabitkan peserta muda,” ujarnya.
Belum disiarkan, pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu menyaksikannya duduk di kerusi juri yang turut membabitkan Hazama, Afieq Shazwan dan beberapa penyanyi lain sebagai mentor.
Untuk info, Jihan mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Haris pada 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ungku Altamis Barr, 11 bulan, serta Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun.
BACA SINI: “Iri Hati? Tak Adalah, Saya Rasa Lagi Happening”- Jihan Muse Puji Elly Mazlein Kendali GV9
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

gempak
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa
Hiburan

Jihan Muse Umum Hamil Anak Ketiga - “Berita Yang Tak Dijangka..”

gempak
12/08/2024
07:33 MYT
Pengacara terkenal Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak ketiga.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Asam Laksa Paling Simple! Sherry Nak Belajar Masak, Tapi Dah Keliru Daun Kesum & Daun Limau

gempak
11/03/2024
07:25 MYT
Alamak, Sherry keliru pula daun kesum dengan daun limau.
Gegar Vaganza All Star

Jihan Muse Mohon Maaf Pada Azmi Saat!

gempak
18/10/2023
05:50 MYT
Jangan ulang!