Hiburan
Jihan Muse Ajak Orang Ramai Hulur Sumbangan Bangunkan Masjid Pertama Di Kyoto, Jepun
Hos dan pelawak Jihan Muse berkongsi mengenai hal pembinaan masjid pertama di Kyoto, Jepun yang masih memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk melunaskan deposit.
Menurut Jihan, kos keseluruhan pembelian bangunan Masjid Kyoto adalah sebanyak RM3.05 juta atau 76.7 juta Yen.
"Kyoto akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.
"Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta, Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200 atau 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komnuniti Jepun.
"Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut," tulis Jihan di Instagram.
Tambah Jihan, deposit berkenaan akan hilang sekiranya baki dana gagal diselesaikan.
"Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM2.73 juta atau 68.5 juta Yen gagal diselesaikan.
"Akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta Yen (RM214,200) deposit, keseluruhan baki perlu dijelaskan sebelum 25 Jun 2020," tambahnya lagi.
Di penghujung perkongsian itu, Jihan turut menyediakan butiran individu bertanggunjawab mengendalikan proses derma dari orang ramai.
Turut disertakan adalah nombor akaun sah untuk para pengikutnya menyalurkan wang sumbangan.
Must-Watch Video