,
Laman Utama

Jep Nafi Sepahtu Buang Shuib, Dedah Cerita Sebenar - "Tidak Lah Kami Melutut Memujuk Tapi..."

Syafiqah Jalal
06/03/2023
04:47 MYT
Pelawak Jep Sepahtu akhirnya menjelaskan cerita sebenar punca Shuib tidak muncul di Sepahtu Reunion Live (SRL) selepas sekian lama berdiam diri.
Kata Jep, semuanya bermula apabila Shuib digantung daripada menyertai SRL selama dua minggu susulan satu babak didakwa lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Meskipun sudah memohon maaf namun Jep mendakwa Shuib seolah tidak menerima tindakan dikenakan terhadapnya.
“Saya akan bagi tahu kenapa dia tiada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.
“Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.
“Jadi pihak televisyen mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain.
"Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur. Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan,” dedahnya.
Jep berkongsi penjelasan itu di akaun Instagram miliknya.
Suami Sari Yanti itu turut mendakwa Shuib tidak akan meneruskan baki episod SRL sekiranya masih digantung dan dia bersama rakan yang lain terpaksa meneruskan program tanpa Shuib.
Kata Jep lagi, pihaknya tidak memujuk Shuib namun ada mempelawanya untuk muncul semula dalam SRL, bagaimanapaun ajakan tersebut tergantung dan tiada jawapan.
“Lalu dia memberi kata dua sekiranya dia masih digantung dua minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal. Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.
“Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.
“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja.
“Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. Sepahtu tidak pernah buang dia. Malah di satu waktu kami yang tertunggu dia kembali.
“Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu,” katanya.
Bagaimana pun, Jep mengakui dia tawar hati namun tidak berdendam atau pun marah serta turut mendoakan kejayaan Shuib walau di mana dia berada.
“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi.
“Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama Sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” kongsinya.
Terdahulu, persoalan Shuib tidak lagi bersama SRL terus menerus menjadi persoalan selepas kedua-dua pihak mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang penjelasan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

gempak
11/09/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjerit kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sejambak bunga ros merah secara tiba-tiba.
Hiburan

Ray Sertai SINAR Untuk Segmen Pagi Di Sinar

gempak
19/08/2024
04:21 MYT
Penyampai Radio Ray masih meneruskan kerjayanya dalam industri penyiaran radio ke stesen Radio SINAR.
Hiburan

Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

gempak
14/08/2024
03:25 MYT
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).