,
Hiburan

Jenazah Wartawan Hiburan Huzz Selamat Dikebumikan

Gempak
08/06/2024
20:38 MYT
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang malam ini.

BERITA TRENDING: Wartawan Hiburan Popular, Huzz Meninggal Dunia

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Abdullah Fahim untuk dimandi dan dikafankan diikuti solat jenazah selepas solat isyak, sebelum dikebumikan pada kira-kira 9.45 malam.
Solat Jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Abdullah Fahim, Muhammad Izzat Matjidi yang turut disertai kira-kira 200 jemaah dan ahli keluarga.
Allahyarham meninggal dunia di rumah abangnya di Bertam Perdana, di sini pada 6.10 petang tadi akibat kanser usus tahap empat yang didiagnos sejak Mac lepas.

BERITA TRENDING: Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin yang juga adik Huzz berkata abangnya mula tidak sihat sejak November tahun lepas namun tidak menyangka Allahyarham menghidap kanser usus.
"Waktu itu berat badan arwah memang turun banyak dan mendadak, dia sangka (berat turun) kerana kencing manis kerana Allahyarham memang ada sakit kencing manis, namun pada Mac ketika tinggal bersama adik perempuan saya, arwah terjatuh di rumah.
"Kami bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan setelah pemeriksaan lanjut, arwah didiagnos menghidap kanser usus tahap tiga namun dalam masa singkat sudah tahap empat. Doktor pakar yang merawatnya tidak bercadang untuk menjalankan rawatan kemioterapi kerana keadaan badannya yang lemah," katanya.
Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.
Allahyarham juga merupakan penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu. -- BERNAMA

BERITA TRENDING: #Belasungkawa: Rudy Imran...Damailah Dikau Di 'Rumah Teragung', Pergi Mu Tiada Ganti

BERITA TRENDING: Sukar Dihubungi Wartawan, Rupa-Rupanya Hael Husaini Dah Empat Tahun Tak Ada Telefon Bimbit

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.