,
Laman Utama

Jenazah Sinead O'Connor Diiring Ribuan Peminat, Disolatkan Komuniti Muslim & Dikebumi Di Tanah Perkuburan Islam Di Ireland

Maliah Surip
09/08/2023
07:50 MYT
Lebih 5,000 peminat memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka, Sinead O’Connor yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di negara kelahirannya, Ireland.
BACA: Sinead O’ Connor Lahir Katolik, Meninggal Dunia Sebagai Islam
BACA: Sinead O’Connor Meninggal Dunia
Menariknya, peminat daripada pelbagai kepercayaan dan agama berkumpul di sepanjang jalan di Bray Head di Utara County Wicklow, Ireland untuk melihat jenazah penyanyi Nothing Compares to U yang disimpan di dalam keranda diarak dalam kenderaan mayat.
O’Connor yang meninggal dunia pada usia 56 tahun di London, 26 Julai lalu disembahyangkan oleh komuniti dan peminat Muslim dengan diketuai oleh Ketua Imam dari Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.
“Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk mengetuai umat Islam melakukan solat jenazah dan ‘menghantar’ salah seorang sahabat kita, Sinéad O'Connor atau Shuhada Sadaqat pulang ke negeri abadi.
“Saya juga menyampaikan salam takziah buat seluruh keluarga dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengiktiraf dan meraikan identiti baharunya sebagai seorang Muslim,” kata Umar menerusi ciapan di Twitternya seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Penyanyi yang dilahirkan sebagai seorang Katolik itu memeluk Islam pada tahun 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.